Wednesday, March 3, 2010

Instant Ab Flatteners

I need to keep this in my blog.. for my ref.

from http://health.yahoo.com/experts/healthieryou/5882/instant-ab-flatteners/

Achieving a toned, sexy tummy might seem like a pipe dream this time of year. Baggy sweaters abound, egg nog is served and Frosty the Snowman doesn't offer much in the way of flat-belly inspiration. But getting a sleek, sexy stomach is easier than you think. Spend just five minutes a day on toning your abs and you'll get an amazing middle.

We rounded up five of the most effective tummy toners around. Work three or four of these exercises into your routine (easing them in will minimize soreness). Do the number of reps indicated, resting one minute between moves. The only equipment you will need is a hand towel. Washboard abs, here you come!

Pike 90
Lie faceup; raise legs until perpendicular to floor, feet flexed. Lower right leg so it hovers 1 or 2 inches off floor and place hands lightly behind head. In this position, do 15 crunches, lifting chest toward ceiling and lowering. Switch legs and repeat.

Crunchy frog
Sit with knees bent, feet flat. Keeping legs together, raise feet several inches and bring knees toward chest. Wrap arms around knees without touching legs. Extend legs and stretch arms to sides, palms forward. Return to wrapped-arm position; repeat. Do 15 reps.

Tornado
Stand with feet hip-width apart, right leg in front of left, right foot turned out. Bend elbows and raise arms out to sides at shoulder level (like goalposts). In one motion, raise right knee to lowered right elbow. Return to start; switch sides and repeat to complete one rep. Do 15 reps.

Corkscrew
Lie faceup. Press legs together and raise them toward ceiling until they're at a 90-degree angle, with knees slightly bent and toes pointed. Raise butt and legs off floor using ab muscles; twist legs slightly to left. Repeat, twisting to right, for one rep. Do 15 reps.

Side arm balance
Start on floor on knees. Lean to left and place left hand on floor under shoulder; extend right arm up and to left, palm down. Straighten right legs out to right with foot on floor, resting on left knee. Hold for 5 breaths. Return to start; switch sides. Repeat twice per side.

Score more amazing toners Self.com/fitness or try our Tip-a-Day ab makeover.

Wednesday, January 13, 2010

Doa Pendinding & Penggerak


Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;


• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.


Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan

Makanan Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.


Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.


Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.


Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Tuesday, December 1, 2009

Salam Eid Adha - 27 Nov 2009

Ini actually entry yg terkesiangan.. mcm biasa la, mana sempat nk mencorat-coret nih... Yg ni pun ku cobak-cobak mencuri masa terluang yang hanya bbrp minit shj...

Jumaat, 27Nov2009 umat Islam menyambut Eid Adha... nothing significant this year... sbb aku tak balik KB... so ended up kitorg beraya di RTB je lah... After ayah & a.ngah balik dr solat eid adha di masjid, kami terus ke rumah babysitter... bawak soto ku adn makan ramai2 dgn family babysitter kat rumah dia... Menu bbsitter ku pulak nasi impit dgn sambal udang petai + rendang ayam pencen + kuah kacang. Kenyang la kami pagi tu.. time nak balik rumah, bbsitter tapaukan lagi lauk pauk utk kami... selamaattt... tghr aku tak yah masak.. hehehe...

Hari raya ke-2, hari utk sembelih kambing akikah abg ngah... abah & ma sampai dlm kul 2.30pm from KB... kebetulan kami tgh lunch, jemput diorg lunch skali.. then at 3.30pm, kambing akikah sampai. Bermulalah pergelutan kami di dapur... dibantu oleh mak su mah dan adik aku sbg asst chef.. Tgk la gambar2 yg sempat aku snap di dapur.
Kat bawah ni aku share proses memasak kuzi akikah kambing di aidil adha leaps,
Aku pakai pes kuzi yg aku sendiri jual.. heheh.. Pes Kuzi Seri tunjung... senang, sedap dan sungguh mudah.. tak payah nak kupas2 bwg whatsoever... just tumis sekejap je pes segera kuzi tu...

Resepi Kuzi Kambing

28 peket pes kuzi -
untuk seekor kambing (berat daging + tulang ditimbang secara manual - 14kg)
1 labu Bwg putih *
2 inci Halia *
sepeket Zat param*
(*bwg putih + halia ditumbuk, then mix dgn zat param utk diperap bersama kambing - sy perap selama 2 jam)
3 tin susu cair
3 kg bawang merah - dihiris dan digoreng, kemudian diblend sampai hancur (utk memekat dan memberi rasa lemak manis pd kuzi)
Garam & gula secukup rasa (sy pakai dlm 3 keping nisey dr kelate..heheh.. pakai gula kureng sedap di tekak kami...)

Cara buat
senang je...
1) tumis sekejap pes2 kuzi td... jgn sampai hangit...
2) then masukkan air - tgk la nk kuah byk mana...
3) nampak dah nak mendidih air tu, masukkan kambing yg telah digoreng 1/2 masak td...
4) masukkan palk susu cair + garam + gula
5) then masukkan bwg yg telah diblender dgn sedikit air + susu cair td
6) kacau dan kacau.... sampai mengelegak dan masak...

gambar 1 - daging kambing + tulang sedia utk diperap

gambar 2 - selingan...abah tgh 'meratah' kepala kambing utk dimasak... diorg duk pakat berebut makan otak kambing... sedap nampak.. tp sy tak makan.. hehehe

gambar 3 - pes2 kuzi sebyk 24 peket dibuka oleh asst chef (for info, 1 peket pes kuzi utk 500gm ayam/kambing)

gambar 4 - selingan... ni le asst chef kat dapur... adik bongsu..

gambar 5 - daging yang diperap bersama dgn bwg putih + halia + zat param

gambar 6 - setelah 2 jam diperap, dgg + tulang digoreng separa masak terlebih dahulu... dlm 2 jam jugak kami nak menghabiskan menggoreng 14kg kambing - pakai kuali biasa... kuali kawah takde plak...

gamabr 7 - 2 org asst chef masak tgh mengacau kuzi atas dapur (mak su & che su)

gamabr 8 - selingan... tadaaa.... kuzi yg dah masak....

Utk masak seekor kambing, kami mengambil masa dlm 5-6jam setel semua... fuhh.. penat badan tp puas hati masak sendiri.. kalau nk sub suruh org lain masak, caj more tahn RM400 satu kambing... Tp kalau masak sendiri, gotong royog anak beranak, kos tak sampai pun RM150.. hehehe... Separuh dr kuzi dlm periuk besar tu sy sedekah pd rumah anak yatim. Kuzi ni amat sesuai utk masakan akikah sbb dia ada semau rasa, masam, masin, manis gitu...

Ok, ini cara family saya buat kuzi... selamat menjamu selera...
gambar selinagn - Ma & mak su kat dapur... ma... the Iron Chef for Kuzi ...heheheh... TQ ma... I love u!



Wednesday, July 15, 2009

Mee Kari Goreng Yatie

Ok, yg ni plak resipi mee goreng biasa yg dah di-improvise. Sebenarnya, nk cuba rasa lain dr biasa.. asyik2 pakai bumbu yg common kan, apa kata kita modify sket and tambah perasa. So, the outcome?? Mmm... nyummm... ada rasa lain sket dr mee goreng kebiasaan.. sedap pd tekak chef yg tak bertauliah ni. Hehehe... anak2 suka, bapak anak pun suka... mama nya sempat rasa sejemput je... gambar yg amik ni pun yg last portion ada dlm kuali.

So, sudi2kanlah mencuba resipi yg common tp rasa yg tak common. (Telah juga dicuba utk kuey-teow gorng, pakai bumbu yg sama... mmm.. sedap gak...)


Mee Kari Goreng
Bahan2:
5 ulas bwg merah *
3 ulas bwg putih *
2-3 ekor udang segar *(boleh juga diganti udang kering kalau xde alahan)
sedikit cili boh *(nak buh byk pun boleh, sy tak boleh letak byk sbb anak2 komplen pedas, nnt tak makan)
2 sudu besar serbuk kari
3-4 s/b sos tiram
3-4 s/b sos cili
sedikit air
200g udang
sawi / taugeh (sy tak masukkan. xde stok)
garam dan gula secukup rasa
1 bj telur
mee kuning sepeket

1) Bhn2 * kat atas sy tumbuk bersama utk dijadikan bumbu - then tumis sehingga naik bau.
2) Agak2 bumbu dah separuh masak, masukkan serbuk kari, gaul rata... tumis lagi just utk bg serbuk kari td masak dan sebati dgn bumbu.
3) Masukkan sos tiram and sos cili. Tumis lagi.
4) Masukkan air sikit kalau terasa bumbu tu pekat sgt. Tp jgn byk, kalau byk sgt, tak lekat plak pd mee nanti.
5) Then masukkan udang. Tumis sampai udang masak.
6) Perisakan dgn garam dan gula
7) Tuang mee / kuey teow. Goreng mee / k.t sampai sebati.
8) Kalau suka, pecahkan telur kat tepi kuali, kacau2 bg pecah, then gaulkan dlm mee td.
9) Dah siap.. boleh hidang. Can also tabur segala daun bwg kalau suka.

Tuesday, July 7, 2009

Muffin Coklat

Ok, alang2 tgh kecahkan dapur dgn muffin durian tu, langsung skali lah buat muffin coklat ni kat abg ngah... sebok nk mkn kek katanya... dah lama jugak tak bake apa2 kat anak2 ku kat rumah, almaklum... mama diorg ni 'over rajin'. If only i have somebody to help me to take-over kerja2 yg tak berkesudahan kat rumah tu... i can happily indulge in this hobby of mine... tp dek kerana kepenatan dgn keja2 lain, nk memasak pun dah jadi tak larat...

Oh, back to this recipe, senang banget!! I loikkkeee it very much. And i will definitely do the same recipe again2 and again in future. Dpt recipe ni dr blog MakLang Azie. Thx MakLang! And thax to yani from Myresepi for sharing this resipi.

Abg Ngah loved it very much! Saje je i baked dlm muffin cups yg kecitt-kecit tu... bg senang budak2 tu mkn.. skali ngap trus masuk mulut... Satu adunan ni dpt 24 pcs of small muffin + 2 medium souffle cups. Can't compalint much cos the small muffins turned out to be so delicious... nyumm..nyumm... (gambar blur cos snap dgn hf)

So, give it a try! Jgn tgk pd rupa, kena rasa pd lidah.. hehehe...



Muffin Coklat
Sumber : Yani (myresepi)

Bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair.
Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh.
Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula

Durian Muffins

Oh yess... semlm tgk dlm freezer, ada 2 tubs durian lagi... Ari tu dah mask bubur kacang durian... nk buat pengat durian, malam2 ni takde la plak santan... Hmm... teringat lak ari tu Chef Tania ada share resepi muffin durian. Terasa nk try... Well, ini first time buat resepi utk kek pakai durian, sblm ni tak confident. Now pun bukan confident sgt pun, tp kalau tak cuba sampai bila nk pandai kan...

Ok, ini resepi ori dr Chef Tania. TQ chef for sharing this wonderful recipe. I just make half of the batter.. sbb timbang2 durian in 1 tub tu, just dpt 300gm je.

I need to improve more. Byk mistake rasanya.
Firstly, at the time nk scoop batter into muffin cup, the batter seems very sticky. Why? Is it because over beaten? I suspect because masa lepas durian tu masak, dia belum betul2 sejuk, i poured the mixture into the batter. Ada impact ka?
2ndly, my choc chips (which i pour in 1-2 mins b4 scooping) melted in the batter. Jadi x cantik la my muffin (compare le gambar muffin chef tania dgn muffin i... huhuhu... malu weihh...) Maybe bcos the batter is still suam2 kuku?? So need tor eally wait until the batter / mixture betul2 sejuk dulu?
3rdly, after dah masak, my muffin tak fluffy, berat je... mcm kek bantat... but rasa alhamdulillah... sedap. This is the 2nd tiem i bake muffin, 1st time bake pun, mcm tu jugak... berat... How to do a very fluffy & light muffin?

Ok, give it a try. Jgn tgk pd rupa, kena rasa pd lidah. Heheheh...



DURIAN CHOC CHIP MUFFINS

A. DURIAN PUREE
600 GM DURIAN MEAT
1/2 CUP SUGAR
1 CUP WATER
1/2 TSP SALT

PUT ABOVE MENTIONED IN A BLENDER GRIND INTO PASTE,COOK OVER SMALL FIRE USING THICK SAUCE PAN SO THAT IT WILL NOT EASILYBURN, COOK ABOUT 20 MINS UNTIL A LITTLE THICK, AND LEAVE TOO COOL.

ING B.
450 GM SELF RAISING FLOUR
1 TSP BAKING POWDER
1 TSP BICARBONATE SODA
120 GM CASTER SUGAR
5 NOS. EGGS
100 ML UHT MILK (i used low fat milk)
100 GM MELTED BUTTER3
00GM DURIAN PUREE
100GM CHOCOLATE CHIPS

METHODS
1. IN A LARGE BOWL ADD IN FLOUR, BAKING POWDER AND BICARBONATE POWDER USE A WOODEN SPOON AND MIX WELL, BUILT A WELL IN THE CENTRE ADD IN THE LIQUID INGREDIENTS EXCEPT THE CHOC CHIPS
MIX WELL AND LASTLY ADD IN THE CHOC CHIP.
2.PUT THEM IN YR MUFFINS CUP ABOUT 3/4 OF THE CUP, PREHEAT OVEN AT 180 FIRST ABOUT 10 MINS, AND BAKE THE MUFFINS FOR ABOUT 20 TO 25 MINS.......

NOTE: THE BALANCE DURIAN PUREE CAN BE FROZEN FOR YR NEXT MUFFINS......

Friday, July 3, 2009

Berdoalah...

Dato' Dr Haron Din
[b]SOALAN[/b]: Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT. Tolong Dato' jelaskan. - MOHD ALI BAHAROM, Hulu Langat

[b]JAWAPAN[/b]: Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.
Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.
Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.
Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.
Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.
Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.
Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.
Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.
Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.
Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.
Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.
Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.
Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.
Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.
Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan. "
Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."
Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.
Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."
Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.
Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba- Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.
Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.
Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.
Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.
Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."
Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.
Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.
Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.
Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."
Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.
Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.
Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.
Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.