Wednesday, May 27, 2009

Banjir di RTB



Ni cite lama dah... cuma nak jugak masuk entry kat sini...

April 2009 - dlm sejarah apabila area kawasan aku menyewa skrg ni, banjirrrr!! Yes, very the teruk one... sekolah dijadikan pusat penempatan sementara.. Antara rumah yg teruk skali tenggelam air is rumah babysitter anak2 gue... Paras dada jugak la katanya... RUmah aku, alhamdulillah... belum sempat air masuk... cuma tinggal dlm seinci je lagi air nk melimpah ke lantai ampaian kat belkang rumah tu.. Kiranya rumah aku ni sempadan la. Kat atas tu gambar yg sempat aku snap dr rumah aku.
Aku terpaksa menumpang kat rumah abang kat Melawati sbb electricity kena trip, seminggu!! So, org lain punya earth hour 60mins, aku punye earth hour lagi lama dr korang tau....



Tuesday, May 26, 2009

INFO : Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala & Keletihan

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Friday, May 22, 2009

Ikan Patin Bercili Serai

Ok... aku ni memang x reti masak.... tp dah kawen, aku terpaksa berubah demi suami dan anak2.... So aku mula berkenal2an dgn grup RN (Resipi.net) sejurus selepas aku kawen, rasanya dlm tahun 2003 kot. Since then aku jd ahli setia membaca setiap coretan dan feedback resepi ahli2 aktif RN. Aku plak, jd ahli tingkap je... drooling each time members posted their yummylicious dishes in the group.

So, sedar tak sedar, dah more than 5 years aku jd RN member. Should be something changes in my cooking life, right? Yes, rite... aku skrg dah tak takut nk mencuba sesuatu resepi yg baru... and modified sesuke hati... kalau dolu, ikut resepi sejibik-sejibik.. kalau bhn dlm resepi tu xde kat umah, alamat tak de le aku nk masak resepi tuh...

Nway, bila dtg something yg diluar kbiasaan, cuak jugak aku dibuatnya. Last week, babysitter 'hadiahkan' aku ikan patin, hasil dr pancingan anak dia... 2 ekor... lagi sekor aku pun tak tahu ikan apa... Alahaiii.... ni 1st time dpt cabaran masak ikan patin nih... teringat member RN (esp K.Anim) selalu bg feedback masak lemak tempoyak patin nih... teringin nk cuba le... akan tetapi, main ingredients nye idok le ku jumpe... sehingga ikan tu ku rasa kalau tak diusahakan, akan kembali lah ia ke dalam 'anak sungai' blkg umh aku tu...

jadi, dgn apa yg ada je at dapur tu, ku msak le ikan patin serai bercili. Hmm... ok la, tekak aku mmg sesuai sbb aku mmg suke ikan bercili nih... cuma aku improvise masuk serai je... rasa lain sket la dr masak cili biasa tuh...

Nk resepi??? Kuang..kuang..kuang... wat malu jer ler... resepi biasa2 jer.. campak apa yg ada... tp demi utk rujukan anak2 ku diwaktu mendatang, ku coretkan lah serba sedikit yg ku ingat yer.... Selamat Mencuba!!

Tuesday, May 19, 2009

Sports Day Kak Long - 090509



Wahh... nice date they pick for a sports day huh... My eldest has been anxious waiting for this day to come... It all started a week before that, she's ben saying that she wanted to go to Tesco, near Jugra... my husband and i were puzzled as to where does she knew about TESCO and Jugra (cos we 've been to TESCO not even 5 times since it opened in 2007, i think)? Bit by bit we learn that the teacher has been communicating this to the students everyday... to remind them of their coming event.

So, early Sat morning, i woke the kids up... ehemm..ehem... plus the father too... After popping in some nuggets and currypuff, off we go to Stadium Jugra. On the way, oh well... it looks like Jugra is wet.... and indeed, it's raining when we arrived at the stadium... and yes, K.Long was a bit late... so i had to usher her to her contingen with all her friends in the middle of the field.. (hmm... glamer mama on the run in the rain...;-) )

They started off the event with Doa, followed by marching in of contingents (there were 4 contingents ), then a pledge recited by my son's neighbour, enthusiast Faris who is also K.Long's classmate... and Sporting Doa from another boy from another contingent and then the event started.


It was a nice rainy day for kids.. esp for my lil'ones, Adek, as she can stomp the wet track, splash it here and there..... once in a lifetime chance huh...

Overall, eventho K.Long's Green team grabbed 3rd spot for all events, i'm so proud of you dear... Next time we'll try again, okay? The kids got the same presents for all placing, no matter whether they bagged as a champion, runner up or 2nd runner up.

Do enjoy some of the photos tht ayah & mama able to capture. Cherish this as we will do, cos this moment will never repeat itself again... Next time, it will be entirely different moment.... We love you, dear...

Tuesday, December 9, 2008

ARTIKEL : Anak Nakal Anak Hiper



Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya..

Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.


Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti. Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan. Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.

Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada.
Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan. Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka. Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi. Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak. Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia. Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.

Sumber:Shuib Sulaiman http://www.eratimur.com

Tips Motivati Kerja Dari Dr. Fadhilah Kamsah

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." -- Datuk Dr. Fadilah Kamsah


Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Monday, November 10, 2008

Pilih kasih a.k.a Double Std - atok n cucu2nya

Today I wanna write about double standard, in Malay pilih kasih. Memang byk yg terjadi dlm kehidupan seharian kita pilih memilih bulu ni, tp kalau benda ni terjadi dlm keluarga sendiri, aduhai… sedihnya perasaan hati.

I don’t know why I feel sad, and angry… this thing happened to my kids… For them, my parents are their only grannies, my in-laws passed away before they were born. So pd sape lagi diorg nk bermanja kalau bukan dgn my parents… tp sad to say, my parents… my abah esp, x layan sgt cucu2 dia ni. He’s more to the one yg stay ngn dia… well, come to think of it, logic la kan dia syg budak2 tu lebih lagi… but think again, bukan ke supposenya kalau dah lama x jumpa and sekali sekala kami dari KL ni balik, pamper la bdk2 tu sket.. but he prefers to pamper the one yg kat kg tu jugak… I’m not asking to be treated extra special, nope.. but at least make my kids stay at my hometown a memorable one. Abah selalu sgt compare kan cucu dia kat kg tu ngn my kids… Kami yg dgr ni memmang terasa hati, wht more if it ‘s heard by my husband… lagi dia kecik ati… Wht I don’t like most the impact of this behavior, has made my family and I draw a distance in our relationship wth my hometown. Balik kg is no longer a fun thing to do… the only thing left is paying our responsibility visiting them.
I’ve been keeping this to myself quite some time already.. sbb I’m the one yg selalu berada dgn my kids when they are around. So I can notice the differences of treatment tht he showed towards my kids and their cousins (My sister, the mothers for these two… is now furthering her study iin KL, while the father is a police officer, who sometimes kena attend out station operasi… sebulan sekali gitu la.. bila time dia xde operasi, bdk2 ni akan tdo ngn my parents, except weekend sbb my sister blk ALMOST every weekend.
Entahla.. salah ke if I’m having this feeling? Is it guilty to have such an unsatisfied feeling for towards my parents action?? I don’t know… Wht I can do now is only pray hard and hope tht my husband and I won’t become like wht my parents have become now. Jauhkan lah kami dr perassan piligh kasih dan memenangkan sesebelah pihak shj. Amiinn… and I do pray and hope the best will come out from my kids… I have never forget my parents effort and everything tht they have done to raise me. TQVM ma and abah.. ampunkan Yati for having this feelings unto both of u. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yg dpt membalsa segala jasa baik abah n ma pd kami sekeluarga