Sedap, tak manis sgt... resepi kutip dari rumah k.ummi . Terima kasih kak! Mohon c&p kat sini utk rujukan masa depan. Buat agar2 ni untuk majlis harijadi abg ngah 25Dec ari tu. Pelik sbb agar2 ni habis dulu... selalu agar2 ni org cari masa last-last....
AGAR-AGAR MILO
Sumber: Jthorge Bahan (Lapisan Coklat)
• 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
• 1 3/4 cawan air (akak letak hampir2 2 cawan)
• 1/3 cawan gula
• 3/4 cawan serbuk Milo
Cara-Cara:-
1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.
Bahan Lapisan Susu:-
• 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
• 1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
• 1/2 cawan gula
• 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation (takde stock, guna freshmilk Goodday je - tp kaler bhgn susu tu nmpk tak pekat la.. putih cair gitu.. tgk gambar.. rasa... jd rasa freshmilk la... heheheh.. tkpe, healthy...)
• beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.
No comments:
Post a Comment