Friday, December 3, 2010

Misi Sinar Harapan: Tajaan pelajar Tahfiz diperlukan

Dah lama tuan rumah menyepi... sebab.. tuan rumah sentiasa bz... entah bile le tak bz nye kan...  ada byk entry yg pending, apa lagi kalau bukan entry makan2.. eh.. masak2... (entry makan2 kat blog anak amen je.. hahahah)...

Tp mungkin entry masak2 tu kena hold dulu lah.. ada entry yg lebih penting lagi utk didahulukan...

Sebenarnya tn rumah ni teringin sgt2 nk membantu rakan2 charity seperjuangan di alam maya ni, nk turun padang... tp buat waktu ini ada je kekangan. Jadi, untuk itu, mari kita gunakan kuasa internet ini untuk kebaikan... marilah kawan2 yg terbaca entry ku ini... sama2 sebarkan harapan mereka2 yang memerlukan bantuan kita ini... kalau kita tak mampu dari segi kewangan, kita bantu dr segi lain.

Ini adalah message asal dari k.elly, seorang wanita tabah yang tidak hiraukan kepayahan diri sendiri tp terus menerus berusaha dan berjuang utk kesenangan org lain yg lebih memerlukan. Perjuangan beliau tidak ditaja mana2 pihak... kitalah yg perlu membantu.... Anda ingin membantu tapi terasa sukar dgn keadaan kewangan semasa? Jangan buntu, saya ada cara. Baca dulu email dr k.elly di bawah ye, nnt idea saya akan menyusul di entry lain. Wassalam.

From: eksekutif suri

Subject: Misi Sinar Harapan:PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ
Date: Thursday, December 2, 2010, 11:51 AM


Assalamualaikum
Sepanjang ziarah amal kami, perkara yang paling menyentuh hati apabila ada pelajar2 miskin & anak yatim yang bersemangat untuk mendalami agama Islam & al-Quran tetapi kekurangan wang untuk sara hidup & yuran pembelajaran. Manakala pihak pengurusan madrasah pula perlu berkorban demi melihat anak2 muda generasi akan datang ini dapat menuntut ilmu.
Berikutan dengan pertanyaan & cadangan drp beberapa pihak yang prihatin terhadap nasib mereka, kami bersama beberapa sahabat yang prihatin bercadang untuk meringankan beban keluarga miskin ini di samping juga meringankan tanggungan pihak madrasah dengan menganjurkan :

PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ

(ANAK YATIM & FAKIR MISKIN)

Bersama ini dilampirkan senarai nama pelajar2 tersebut. Sekiranya sahabat-sahabat ingin membantu membayar yuran bulanan, boleh berikan nama pelajar yang ingin ditaja, emailkan kepada kami seperti email di bawah, untuk kami selaraskan. Insya-Allah pihak kami masih menanti lagi senarai nama pelajar2 lain termasuk pelajar mualaf drp Institut Dakwah Islamiyah PERKIM. Pelajar2 di situ kebanyakan tiada tempat bergantung dan terbuang drp keluarga asal mereka.
Untuk maklumat lanjut tajaan yuran bulanan hubungi:
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
SanggarSuri http://eksekutifsuri.blogspot.com/
Semoga Program ini mendapat sambutan dan menjadi satu amal ibadah kita yang diterima Allah untuk bekalan di akhirat nanti. Semoga anak2 yatim & miskin yang kita bantu tunaikan harapan mereka ini menjadi anak2 yang soleh & solehah, bermanfaat kepada agama, bangsa & negara, malah tidak lupa mendoakan kesejahteraan kita. Amin


Thursday, November 11, 2010

Colek Pauh (Mangga)

Hari ni nk ajak korang makan colek pauh plak. Tau ke colek tu mende? bukan culik, bukan cuit, bukan.. bukan..bukan... colek tu... pencicah gitu la.. ala, mcm pencicah Mak Bee yg glamer tu.. tp since ini home made, tiada bahan pengawet, semua asli... so kali ni, aku bagi resepi ni sempena nama panggilan bonda kesayangan aku lah...sbb aku kenal dgn colek ni pun, hasil dr air tgn dia jugak kan... lepas tu modified la ikut keperluan semasa....


Colek / Pencicah Mok Yoh
1 kerek (keping) nissey (gula melaka Kelantan)
3-5 biji cili api (tambah atau kurangkan cili m engikut tahap kepedasan anda)
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit air (jika perlu)

1) Tumbuk nissey, belacan dan cili api sampai lumat
2) Masuk garam
3) Masuk air, adjust level kepekatan pencicah ikut kesukaan anda.
4) Potong pauh (mangga(, cicah... nyum..nyumm...

Wednesday, November 10, 2010

Beriani Ikan

Hmm.. ni masak2 time weekend ari tu.. tak sempat la nak buat cerita... layan gambar dulu boleh? Resepi Beriani Ikan nanti tempek later lah ye.... Simple je dish utk lunch hari ahad ari tu, Beriani Ikan, Salad + Cherry Tomato (ni sebenarnya episod pengenalan sayur2 selain dr Bayam kpd kenit2 kat rumah tu...) dan Telur Mayonaise... huhuhuh.. telur mayonaise ni sedap tak hengat.... lembut giler.... mkn plak dgn nasi panas2 yg agak lembik dr biasa.... nyum..nyumm....

Sunday, November 7, 2010

Why I Love Pizza Hut’s 6 Cheese Extreme Pizza

Hey! Suka..suka..suka sangat-sangat... Kenapa? Sebab i'm fanatic on cheese, simple as that. Al-kisah, semenjak dua-menjak iklan Pizza Hut advertise kat TV pasal dia punya NEW Pizza Hut’s 6 Cheese Extreme Pizza, susah aku nak cakap, sebenarnya aku rasa macam nak meroyan tiap-tiap kali lalu depan any Pizza Hut branch, rasa macam nak suruh je buah hati kat sebelah tu berhenti. Malangnya, buah hati ku itu tak boleh tidak, mesti kena makan nasi... makanan omputeh ni bukan taste-bud dia. Susah kan, cos it's totally different from me, well.... selera i, toksah cakap le, kalau tak jumpa nasi seminggu pun ok... western dish banyak my fav.. chic chop, lamb chop, spaghetti, mac & cheese, grilled chic, fish & chips etc..etc.. hehehe... SO terpaksa la memendam rasa menjeruk nafsu, ku kira tunggu hari Jumaat lah, nak ajak opismate yang gile western gak nk gi makan ramai-ramai.



On weekend 24th October, buah hati ku itu ada konvo kat skudai nun. LAst minute arrangement, so off we went to that place, with limitation on accomodation. Last minute lah katakan, mengharap ehsan kawan-kawan dia, bagi kat kitorang 1 bilik, kat hotel yang aku tak tahu lah kat mana lokasi sebenarnya. Rasa macam sungguh alien di sana. Dipendekkan cerita, lepas habis rehearsal, dengan keadaan hujan yang maha lebat, dengan 3 gerabak keretapi kami yang dah kelaparan, kami pun berjalan-jalan lah di sekitar kawasan hotel tu, mencari gerai atau restoran halal. Sedar tak sedar, almost 3 blok rumah kedai kitorang melangkah, tak jumpa beb! Kesian to the kids... sekali mata ku tertumpu pada satu signboard yang bersinar dan cerah di seberang jalan, dengan banner NEW Pizza Hut’s 6 Cheese Extreme Pizza.... hehehe.. ting..ting... this is my time...

"Dear, kita pergi sana je lah (sambil mulut memuncung ke arah tempat yang aku nak tuju seberang jalan tu)... situ kita tak perlu dah nak was-was pasal halal kan? Comparing to what we saw after 3 blocks walking?" aku susun ayat cantik-cantik gitu....

"Hmm... ha-ah.. jomlah... " balas buah hati aku tu.

Wahhhh!!! Hatiku melonjak riang... Tak ku sangka, no hesitation, no rejection.. Yes! dengan langkah panjang dan laju, aku lah jadi kepala gerabak keretapi tu, cross jalan (naik jejambat hokey... safety first ye) meredah hujan gerimis dah masa tu... tanpa disedari, walau anak-anakku kata "Nak gi makan mana ni Ma? Penat lah..."- petanda yang restoran Pizza Hut tu jauh sebenarnya tapi aku tak rasa sebab dah terbayang-bayang cheese yang mencair kat atas pizza tu...

Sampai je kat depan pintu, the waitress sambut kami dengan penuh sopan santun dan manis senyumnya... Ushered us to the table, showed us the menu and she went away. Aku tanpa perlu berlengah lagi, terus suggest menu Extreme Cheese1 - though ada 5 heads, but i know my families limitation on eating western... so ordered menu for 2 je lah... and add up another side-dishes for the kids, plus, Thai rice for my buah hati. Tak sampai seminit lah kitorang decide nak order apa, terkejut waitress tu bila kitorang panggil nak order. Hehhee...

K.long was the obvious excited person waiting for the pizza (mama dia cool je, cover line depan buah hati.. hehehe) Terkeluar soalan dari mulut manis dia tu,

" Ma, lambat ke pizza nak sampai? K.Long nak pizza ni ye... yang banyak cheese ni... "(sambil baca menu, and dengan mata terbeliak, mulut terlopong, with pitching a bit higher than normal, she continued,)
" ENAM ma!!!??? Six???!!! Wow!! Banyaknye... mesti sedap..."

Mama dia just angguk, tak mau get over excited macam k.long.. hehehe... takut buah hati tetibe je ajak keluar, takde pasal beb....  SO mama dia pun macam biasa la, buat sessi education kat mana-mana je lah yang sempat, suruh la k.long baca nama-nama cheese tu... hahahah... tak perlu lah aku taip macam mana semua nama cheese tu dia 'sound'kan... Got to correct her

"K.long, follow what i said...CHEDDAR, PARMESAN, MOZZARELLA, PROVOLONE, MONTAREY JACK, and ROMANO" and she echoed me.

"Yang ni (sambil tunjuk pada cheddar, parmesan and mozzarella) yang mama masak pizza hari tu kan?" tanya dia lagi. I just nodded again, malu sebenarnya... pizza yang ku masak sudah semestinya tidak setanding dengan pizza hut.

Pizza sampai... yes.. i dig in, bahagikan a slice sorang, diorang plak nak makan dengan fork & spoon, so terpaksa lah aku siat-siat pizza tu kasi kecik-kecik so senang diorang nak suap... And ngap-ngap everybody, tanpa angkat kepala, tanpa another question... My edited pictures below tells full story worth my thousand words here.
Another worth part for me as a mother, to see my family enjoy the meal.. no matter whether it's a home cook meal or otherwise. And thank you Pizza hut, your nutritous, delicious, authentic  NEW Pizza Hut’s 6 Cheese Extreme Pizza has kept my family full, satisfied and happy through out the night. And they slept soundly till tomorrow...


As i always carry this motto each time i has to reason out why i want to eat pizza hut, "You can never go wrong with Pizza Hut!" And this time, my motto has been amended a bit,
You can never go wrong with 
NEW Pizza Hut’s 6 Cheese Extreme Pizza I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!”

Friday, October 29, 2010

Terubuk Masin Stim

Hokeh.... weekend sudah mari... meh le try resipi simplest kat blog nih...

Terubuk masin Sarawak ni selalunya org goreng kan... tp pernah terbaca, ada yg stim a.k.a kukus... teringin nk rasa camne, so last week try le buat... hmmmm... nyummm... sedap... rasa lain la dr yg goreng.. i loikkeee.... sehat pun sehat sbb tak yah pakai minyak...sesuai pd yg nk diet tp nk mkn ikan masin...

Senang je jalan cerita die... ikan masin terubuk tu dibasuh, then hiris nipis bwg putih, bwg merah, halia dan cili padi. Tabur separuh bhn2 hirisan atas pinggan, sebagai alas ikan,then letak ikan atas bhn2 td... then tabur yg sebahagian lagi tu atas ikan. Sebelum distim, aku sprinkle sket atas ikan tu dgn limau nipis... pergghhh.. makan dgn nasi panas.... sodap! Sile le mencoba... ada rasa masin, masam, pedas... wallahhhh!!!

Friday, October 15, 2010

Death by Koko Puding

hahahah.... nama giler gempak... cilok nama death by choc cake yg glamer dan sedap tak hengat tuh....

Ekceli, puding ni buat last min... utk jamuan raya anak2... so presentation tak lawa sgt ye.. sbb buat mlm2 buta, mata dah tak larat nk bukak... so tapis agar2 tu pun skali je la... tu yg nmpk berbintil2 sket kat agar2 tu..

Plan bukan main lagi... nk buat kaler2... kelopak bunga tu nk kaler merah.. daun nk buat kaler hijo.. last2 semua aku bantai buat choc... hahahahah..... Tp yg penting, anak2 ckp, sedappp... dan licinnn.. alhamdulillah...

Resepi? Diadaptasi dari blog K.Nor secubitgaram... tp aku byk menderhaka la.. sbb byk brg takde mlm2 tu... so aku main ikut suke je la... P/S: thank you to K.Nor for sharing great recipes.....

Death by Koko Puding - by ME! :-)
11/2 cawan coklat masak - dihiris nipis2
1 cawan gula
1/2 cawan susu cair
4 cawan air
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar butter
1 paket agar2 strip yg kecil
Masak agar2 dgn air + gula sampai mendidih + hancur
Then tapis campuran agar2 tadi, masuk plak susu cair + coklat masakan, 
kacau lagi kat atas api yg sederhana sampai coklat totally cair.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
Nota kaki: Sukatan air, gula dan coklat korang kena pandai2 adjust sendiri ye... masa masak tu, cuba amik sesudu agar2, letak atas piring, sumbat dlm peti ais... dlm ms 5 min, tgk dia cepat tak beku.. or masih lembik sgt... masa aku buat ari tu, lembik gile... so sbb malas nk masak agar2 strip tu lagi, aku tambah je gelatin Nona masuk dlm mixture yg dah ready tu... dlm 2 s/besar... alhamdulillah... lepas tu ok... 

Resepi asal aku paste kat sini utk korang coba sendiri. Tp kalau tgk gambr kat blog K.Nor, memang menawan gile... pasti korang rasa mcm nk buat skrg jugak... 
Ini lah resepi asal sebelum aku olah jd resepi kat ats tu:

RICH CHOC PUDDING by Jun
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Sunday, October 10, 2010

Satay Goreng

Udah lama nk masukkan entry2 berkaitan dgn mknan dlm blog nih... tp selalu nye... tak sempat le nk amik gamabr... pastu, kalau ada gambar pun, tak menawan langsung lah rupe die.. sbb nk ngap masuk perut je... so presentation mmg fail lah..

Pembuka ruangan makanan kat blog nih... breakfast family pg td.... hehhe... Nasi Impit + Kuah Kacang + Satay Goreng... tengok je lah gambar dulu ye....

nota kaki: sila abaikan segala yg tak penting dlm gambar di atas. Yg hitam manis tu adalah daging salai HPA.. sedap sungguh... mmg sesuai mkn dgn kuah kcg.. tp aku bantai ratah je.... heheh.....

Nk resepi ke? Hahhaha... resepi dia, utk kuah kcg tu aku guna 1 peket pes kuah kacang Maharani.... cuma perlu tambah air jer... pastu masak sampai menggelegak.. siappp....

Pastu utk satay goreng tu, aku perap ayam dgn pes satay Seri tunjung (yg aku jual..:-) )semalaman... esok pagi trus masuk non-stick pan.. goreng tanpa myk.... siapppp....

Daging salai HPA tu cuma perlu dipanaskan dlm microwave je.. tp aku panaskan jugak dlm non-stick pan sblm goreng satay... Time masak utk bfast ku hanya mengambil masa dlm 15min shj... hahaha.. aku suke..aku suke.... senang idop.....