hehehe.. sorry.. topik kali ini agak kewanitaan ye.. khas untuk wanita2, adik2 perempuan, kakak2, makcik2 dan semua yg Allah kurniakan nikmat merasai PMS. Nk explain ke PMS tu apa? Kalau nak google, key word nye "Premenstrual syndrome" atau sindrom datang bulan... heheheh...
Most common sindrom yang affect kita is period pain, kan? Padahal byk lagi sindrom lain yang terjadi tapi kita tak amik port pun sbb...??? Sendiri jawab lah ek... Another common sindrom is moody swings... sbb hormone kita dah start unstable sbb 'best buddy' tu nk datang ziarah... SO camne nak tackle? Just let it happened? It will come and go pun kan? Tapi ketahuilah, kekadang mood swings kita tu boleh jugak mendatangkan mudarat pada diri sendiri di kemudian hari... nanti ada org boleh kecik ati dgn apa kita cakap, apa kita buat, silap2 boleh bawak kpd bermasam muka dan kata-mengata... Kan dah tak elok tu? Padahal org lain tak tahu pun kita ni tgh terkena sindrom tu... Lepas tu kerja kat opis pun buat sekadar melepaskan batuk ditangga je... kat rumah plak anak2 yg tak tahu apa2 tu kena marah je... padahal seharian diorg tak jumpa kita kan? Kesian diorng (ini ingatan untuk diri sendiri jugak... huhuhu)
Apa kata kita try ikut tips dr Jillian Michaels ni, (kalau korang tgk Biggest Loser korang kenal le minah ni).. mungkin boleh membantu. Artikel ini telah dialih bahasa kepada bahasa ibunda oleh NRAB ye.. buat kesenangan semua. (tapi maaf lah kalau ada rojak sana-sini, saya budak baru belajar...)
EXERCISE! Dalam erti kata lain, BERSENAM lah..
Yes, kita mungkin takkan nak bersenam dalam keadaan kesakitan kan? Mesti minda kita akan dengan pantasnya menidakkan idea ini.. ada ka tengah sakit2 nak suruh bersenam? Nak berdiri pun tak boleh kan? Tapi apa kata kita cuba buat slow2... InsyaAllah boleh. Dengan bersenam, sistem badan kita akan mengepam endorphin dengan lebih pantas dan dapat membantu mengurangkan kesakitan kekejangan / cramp. Ia juga akan meningkatkan paras serotonin, satu lagi neurotransmitter untuk mengimbangi mood kita.
Note: Apa itu Endorphin?
"Endorphins are neurotransmitters produced in the brain that reduce pain," says Alan Hirsch, MD, neurological director of the Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago.
Psst... kalau nak highest rush of endorphin dlm masa yg singkat, then make-love! (amaran! hanya untuk pasangan suami isteri yang sah sahaja ye.. pada yg belum kahwin, jangan mengada2 nak amik reason nk kurangkan PMS untuk buat dosa!)It has the highest endorphin rush rating - rating 5 berbanding dgn melakukan senaman, rating endorphin rush is 2 to 4, bergantung kepada intensity dan duration.
Dapatkan R&R yang cukup
Tidur dan rehat yang mencukupi dan mengurangkan stress akan membuatkan hormon kita berkeadaan lebih baik untuk mengawal ketidakseimbangan fisiologi disebabkan PMS.
Kurangkan Alkohol, Kafeine, dan garam.
Kurangkan mengambil minuman berkafein tinggi kerana ia dapat membantu meminimalkan ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara. Kurangkan juga pengambilan garam kerana ia dapat membantu mengurangkan rasa kembung. Tak perlu cakap lebih pasal alkohol sebab alkohol ni HARAM!! dan semua orang tahu minum alkohol ni hanya ada keburukan, tiada langsung kebaikan. Fullstop!
Makan Suplemen.
Pengambilan kalsium dapat megurangkan simptom PMS, jadi digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1,200 mg sehari. Magnesium dan B complex vitamins juag memainkan peranan tersendiri dalam mengurangkan simptom PMS. Untuk mengrangkan ketidakselesaan payudara dan juga keradangan akibat kekejangan anda perlu mengambil primrose-oil suplemen; ia adalah agen anti-keradangan yang tiada steroid dan berkesan kepada kita sepertimana kita mengambil ibuprofen. (dalam bahasa biasa dengar - pain killer)
Kurangkan gula dalam diet seharian anda
Anda perlu menumpukan lebih usaha dalam mngurangkan pengambilan gula terutama sekali sebelum period. Tahukah anda, gula biasa yang kita guna pakai setiap hari untuk membuat minuman itu boleh mendatangkan keradangan, dan menjadikan kekejangan semakin teruk. Anda hanya perlu makan regular meals dan snacks dengan fiber dan protein yang tinggi . Ini dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah anda.
Semoga dapat manfaat buat semua.
No comments:
Post a Comment