Monday, May 31, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

A fwd email received from a friend... to remind us... that Allah Maha Adil... do not judge His decision... wallahua'lam...


Dua minggu lepas saya melihat seorang wanita sedang asyik membaca majalah diruang menunggu LRT. Beliau membaca  ruangan "Beduk diketuk" . Tanpa melihat majalahnya saya pasti ianya majalah SOLUSI. Dengan rasa bangga saya pun keluarkan majalah SOLUSI yang saya bawa dan baca ruangan baca ruangan yg sama dan tajuknya ialah "ORANG IKHLAS TERTINDAS". Karikaturnya menarik juga.Kebetulan ada sahabat yg menghantar rencana ini ke email saya, bertambah mudahlah saya memanjangkannya sebagai iktibar. HarAp tidak di dakwa oleh penerbit majalah SOLUSI.  
 
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? 

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” 

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!” 

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. 

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?” 

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas? 

Wednesday, May 19, 2010

Anak Anugerah Ilahi - Perbincangan di sekitar Tafsir Surah Al-Fatihah.

i got this from one UKS member.. so i posted here for my future ref.... TQVM ummuhanis



Notes from Tanyalah Ustaz TV9 14 May 2010.
> Kupasan : Ustaz Hanafi Abdul Malek, Pengerusi Yayasan Sidim.


> Perbincangan di sekitar Tafsir Surah Al-Fatihah. 

> Iyyaka nakbudu waiyya kanastaiin - Kebanyakan masalah yg membelenggu kita terlalu difikirkan di dalam tidur dan jaga, masalah anak, masalah suami, masalah hutang menjadi tuhan lebih dari Allah sehingga kita melupakan Allah. Tiada seorang manusia di dunia ini mahupun Professor, Datuk, Tan Sri, atau mana2 makhluk di langit dan di bumi yang dapat menyelesaikan masalah kita, HANYA ALLAH. Apabilia kita berdoa, Allah SWT yang bersifat ArRahman dan ArRahim tidak sabar2 ingin menunaikan permintaan kita. Di dalam Quran dan Sunnah terdapat byk parenting skill yg menghidupkan roh. 

> Alamiin- think big, jgn sempitkan fikiran, muhasabah diri tapi jgn terus terusan menyalahkan diri, jgn terus meratap menangis dalam kepompong fikiran yang sempit.

> Cerita 1
> seorang pemanggil yang ada 8 anak, 4 darinya belajar dan bekerja di luar negara. Sejak di dalam kandungan dan dibesarkan dengan cara agama. Amalan yang paling utama selain doa yg tiada putus, ibu ini setiap masa menyedekahkan Al-fatihah setiap ketika utk anak2 sebagai satu cara/ikhtiar menjaga mereka dari jauh.

> Cerita 2
> Seorang ibu yang anaknya lari dari universiti ketika belajar di luar negara dan tidak mahu pulang ke tanah air, ikhtiar utk memanggilnya pulang adalah dengan membaca A-Fatihah mengikut tertib. Tarik nafas selepas setiap ayat, dan selapas Iyyakanak budhu waiyyaka nastaiin...lintaskan dalam hati doa agar anak pulang, dan teruskan hingga akhir Al-fatihah. Kaedah ini boleh digunakan utk memohon hajat2 yang lain.

> Sebab2 masalah sosial anak2 hari ini, antara sebabnya:
> 1-Pada ketika ini Ibu bapa tidak menjadi ibu bapa, sekadar menjadi emak dan ayah. Ibu mengambil peranan bapa, bapa mengambil peranan ibu, hingga terjadi banyak kecuaian.

> 2-Infrastruktur utk melakukan maksiat serba tersedia dan canggih, contohnya dengan hanya melayari internet di rumah sendiri.

> Anak anugerah, jangan dirotan, dimarah, dimaki hamun. Mereka akan sangat sedih dan mencari kasih sayang dari yang lain.
> Ada suami isteri yang sgt sedih dan merasa tidak sempurna tidak dikurniakan anak, teringin utk merasa sakit bersalin, sentiasa menangis di dalam hati ketika melihat wanita lain mengandung, tetapi ada yg tidak berkahwin mendapat anugerah anak, ada pula ibu bapa dikurnia anak tidak bersyukur, menjadi sombong, bongkak, mengeluh dengan kesusahan menjaga dan mendidik anak. Bersyukur hanya ketika anak dilahirkan.


> Kaedah 7P dalam pendidikan anak.
> 1-PERHATIAN - berilah perhatian yang maksimum sehingga hatinya puas, jgn hanya menonton tv selepas pulang kerja, berita mengenai anak2 orang lain terbunuh, kemalangan dll, sedangkan anak sendiri di rumah tidak diberi perhatian. Apabila anak memanggil kita sering mengabai dan memarahi, anak akan melakukan ini kepada kita di kemudian hari, mereka belajar dari kita, what you give is what you get. Perhatikan bakat, minat, fesyen yg disukai anak dll.Anak2 sangat2 perlukan perhatian ibu bapa ketika kecil, ketika remaja lebih2 lagi mereka perlukan perhatian ibu bapa. 

> Tips jika anak membuat aksi2 nakal ketika tetamu dtg ke rumah, anak2 ini hakikatnya mahu perhatian ibu ayahnya, utk mengatasinya, beri sedikit sahaja perhatian kepadanya dengan memuji dan memeluknya. InsyaAllah dia akan kembali tenang. 

> 2-PUJI DAN PELUK. Pujian akan membuat kantung jiwa anak penuh. Ayah perlu memuji anak perempuan spy anak perempuan tidak tercari2 pujian dan penghargaan dari lelaki lain. Ayah juga perlu puji anak lelaki bagi menunjukkan perhatian dan penghargaan. Ibu juga perlu puji anak lelaki agar kantung jiwa mereka penuh dan hati mereka tenang. Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad SAW ketika baginda dalam keadaan takut. Peluk anak kita ketika dia takut, ketika sedih, dan ketika gembira. Peluk anak sebelum mat rempit peluk anak kita, sebelum org lain peluk anak kita.

> Anggap anak org lain seperti anak sendiri, kerana pada hari ini ibu bapa sibuk bekerja, anak2 boleh berbuat dosa di mana-mana mengikut suka mereka sendiri. Alangkah baik jika seperti dulu, mana-mana lelaki dewasa sekampung dapat menjadi bapa ketika anak2 di luar rumah, dapat memberi perhatian dan teguran seperti seorang ayah.

> 3-PENDIDIKAN. Pendidikan pula terbahagi kepada 3 A - 1-Akademik 2-Agama 3-Akhlak. Elakkan dari pendidikan tidak seimbang, menjadi org akademik yang tiada agama atau orang agama yang tiada akhlak.

> Ajar anak kita ketika mendapat sesuatu dari kita ucapkan "terima kasih ayah, terima kasih ibu, terima kasih Allah". Anak2 
> perlu diajar, jgn biarkan mereka terus terusan kurang ajar. Jgn biarkan anak2 meminta2 duit raya, jgn biarkan mereka memaksa ibu bapa membeli handphone mahal, membeli motor dll sehingga ibu bapa terpaksa mencari duit lebih atau menipu/tidak jujur dengan syarikat bagi memenuhi kehendak anak. Ajar/didik anak ikut zamannya, dapatkan skill2 parenting yang baru.

> Utk mendidik akhlak, ajar dengan sabar, hormati ibu ayah, tunjukkan cara bercakap yg baik, tunjukkan cara mendengar yg baik, puasa isnin khamis, bangun malam bersama anak2.

> 4-PUJUK.
> 5-PENGHARGAAN.
> 6-PERIKSA (MUHASABAH).

> Alamak, I miss one of the P, anyone watching the program, please help! Tomorrow another session for this topic, InsyaAllah will continue the notes.

> Semoga bermanfaat.

> -ummuhanis



**a reply from another member**



7 P yg saya ingat adalah :
 
1.  Perhatian Maksima
2.  Pujian dan Pelukan
3.  Pendidikan
4.  Pukulan
5.  Pujukan
6.  Penghargaan
7.  Periksa (Muhasabah)

Monday, May 10, 2010

Home Sweet Home



















Had a chance visting our new home site... can't wait.... and also can't think straight on where to get extra money for moving in.. Moving out from old house into a new home.. sounds exciting... but....

Nway, here are some pix taken during the visit... the housing area is expected to be completed by early 2011... so another year for waiting.... We will make a regular visit... and update the pix here... :-)
Posted by Picasa

Wednesday, May 5, 2010

6th Bday K.Long - 01 may 2010


Posted by Picasa

Last Saturday, 1st may, is K.long's birthday. Byk plan tergendala sebenarnya... Plan nk buat kek princess, nk bagi k.long bawak gi celebrate dgn kawan2 kat Taska, tak materialise. Brg2 tak cukup... Plan nk buat kek simple and celebrate je kat rumah, tak menjadi jugak... Last minute, beli je kek comel nih kat Randau Cafe... alhamdulillah sedap... tp K.long mcm tak puas hati jer... masih jugak request " mana kek princess k.long??" Aiseh... bila nk buat nih? Lama dah tak 'melawat' kedai bakery.. stok pun dah takde... leceh la stay kat kawasan yg jauh dr org nih.... semua nye kena pakai duit skrg... gerak sejengkal je pun kena keluar duit dah...

We had a simple celebration... Pak Su Alim and Adam, the kids' fav cousin also was there.. So kids blowing candles, kids eating cake and so on. Only prepare spaghetti and mini sausage for wallup... See, how 'M' i was??

Oh, lupa lak nk snap birthday gift that we got for Adam (Adam's bday is on 19th April) and that K.Long got from Adam. Nanti dah snap mama upload later eh.

Nway, eventhough very small, mama nk wish anak mama Happy Birthday... may K.Long always berada dalam lindungan Ilahi.. and doa mama setiap kali lepas solat buat anak2 mama.. semoga semua di jauhkan dari mara bahaya dan anasir2 jahat, dan juga semoga semua menjadi anak soleh & solehah dan menjadi khalifah yg berjaya dgn cemerlang di dunia dan akhirat. Amiinn...