Thursday, December 23, 2010

5 Cara Merawat Cagu atau Cengkam Kuku

Entry ini dibuat khas untuk buah hati kesayangan yang tgh duk menderita kena cengkam.. masuk meeting pun pakai selipar je.... tp nk main badminton bleh plak tahan pakai kasut ek? :-)

entry berikut dipetik dari sumber: http://emjayjb.multiply.com/journal/item/103 dan juga http://petuasejagat.blogspot.com/2009/05/3-cara-merawat-kuku-bengkak-aka-cagu.html .
Minta izin untuk share petua ini di blog ini pula ye.
Terima kasih.
***********************************************************************
Cengkam atau cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk (jangan le sampai tahap ni bang...). Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah. (org dah byk kali ckp kannn.... Nampak gaya lepas ni tambah sorang lagi in queue utk potong kuku lah ni.. sape lak nk potong kuku pemotong kuku ini??hihihihi.)
Untuk merawat penyakit cagu atau cengkam ini, berikut diberikan kaedah yang insya-Allah berkesan dan paling penting sekali ia tidak menyakitkan.

Amalkan cara ini:-

Cara 1: ALkohol
1.  Beli alkohol kalau boleh jenis etanolpun boleh. Kalau susah, pergi jumpa cikgu di sekolah mintak etanol barang sebotol kecil
2. Beli putik kapas
3. Selepas mandi atau setiap kali kaki tersebut basah, celupkan putik kapas ke dalam etanol dan titiskan ke tempat cagu tersebut.
4. Dengan menggunakan putik kapas yang tadi, ratakan ke semua bahagian cagu tersebut. Sila tekan dengan lembut menggunakan putik kapas tersebut agar etanol tersebut dapat memasuki segenap ruang dan bahagian pada cagu tersebut. Kalau tidak mencukupi, titiskan lagi dengan etanol baru. Tekan-tekan lagi agar ia meresap ke segenap pelusuk kawasan cagu.
5. Biarkan barang seminit.
6. Ambil putik kapas bersih yang baru dan serap segala campuran etanol dengan nanah tersebut sehingga benar-benar kering. Buang putik kapas tersebut.
7. Ulang langkah langkah 3, 4, 5 dan 6 di atas selama 2 kali lagi agar segala nanah sudah keluar dari segenap bahagian cagu tersebut. Kalau masih ada nanah yang belum habis keluar, ulang lagi langkah ini.
8. Akhiri rawatan dengan menggunakan putik kapas baru, celupkan ke etanol dan titiskan ke segenap kawasan cagu. Tekan-tekan kawasan cagu menggunakan putik kapas tersebut sehingga etanol tersebut memasuki segenap ruang kawasan cagu.
9. Jangan dikeringkan etanol ini dan terus berjalan agar etanol ini benar-benar memasuki segenap ruang dan rongga cagu.
10. Berdoa semoga Allah menyembuhkan cagu anda. Insya-Allah dalam tempuh 2 - 3 hari, sembuhlah cagu anda.
11. Setelah sembuh, elakkan memakai kasut dengan kaki yang basah. Elakkan kasut yang sempit. Jangan potong kuku berbentuk U tetapi potonglah berbentuk pahat tetapi bahagian hujung tepi di kiri dan kanan di  curve (bulatkan) kan sedikit.

Etanol adalah satu bahan pembunuh kuman dan dalam rawatan ini, ia membersihkan segala kuman di kawasan cagu tersebut. Selain membunuh kuman, penggunaan etanol ini juga sangat baik bagi mengeringkan kawasan jangkitan bagi mengelakkan kuman baru membiak di kawasan tersebut

Cara 2: Santan pekat Kalau susah nak dapatkan etanol......ambil segenggam kelapa parut, yg belum diguna lagi...perah santan pekatnya kat atas cagu/cekam tu...biarkan err berapa lama ya...ikut suka kot..lagi lama lagi cepat baik kot...

Cara 3: : daun inai 1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.
2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.
3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.
4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.

Cara 4:  daun keembung putih
i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.
ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.
iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.
iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.
v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.

Cara 5:  ubat sensei Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.

Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.

Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.

Caranya begini;
a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.
b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.
c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.
d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.

Cuma kesannya untuk cara ke #5 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.

Lempeng & Sambal Bilis

Ni entry tergendala.... ni sebenarnya breakfast weekend ari tuh... tak tahu nk masak apa...

Tengok stok, ada tpg gandum, ada ikan bilis... hmmm.. nk bat cucur ke nk buat lempeng?

Oleh kerana en suami suke lempeng, ku melempeng lah juga..... dah byk kali buat, ada sekali tu.. boleh ke.. lempeng tak jadi??? kat luar nmpk dah masak, rangup... kat dlm masih ala2 lembik tak masak lagi... nk kata tebal, tak jugak... rasanya itu nipis sgt dah... terus keciwa, ku boikot utk melempeng selama berberapa bulan...

Tp skrg seru dah dtg balik... alhamdulillah.. jadi... cuma tekstur agak padat sbb lupa nak masuk telor! Kalau kacau telur skali dlm adunan, lembut sikit...

Resepi nk melempeng? Alah... akak ni cuma main campak2 je... takde sukatan (agaknya itu le pasai kejap jadi kejap tak jadi... konon pro la tu kat dapor... hahaha)
Cuma basic ingredient adalah tepung gandum, air dan garam sedikit. Selamat mencoba.

Wednesday, December 22, 2010

Secret Omelette Sandwich for breakfast


Sarapan pagi atau light dinner... sungguh mudah dan ringkas tp sodap....

Secret Omelette Sandwich (untuk satu mulut)
2 keping roti Gardenia
sedikit mentega
parutan cheddar / parmesan cheese
sedikit garam
oyster sos / mayonaise / cili sos
1 biji telur
1 btg sosej
1 helai daun salad (boleh ganti dgn sayuran lain ikut kesukaan)
2 biji tomato ceri (belah 2)

Cara2:
1) Sapu mentega pd kedua-dua keping roti
2) Susun tomato ceri atas salah satu keping roti tadi dan taburkan parmesan / cheddar cheese. (saya pakai lebihan parmesan buat piza - taste better than cheddar on this sandwich). Sekeping lagi biarkan kosong.
3) Masukkan dalam oven toaster dan toast ikut tahap keperangan yang anda suka.
4) Sementara itu, pukul telur dgn sedikit garam & oyster sos. Kemudian goreng dadar nipis - mcm nk buat ns pattaya tu...
5) Dah masak, angkat dan tebarkan atas pinggan leper. Letak sayur2an atas telur dadar itu. (this is why choosing salad is better because you can lay it flat on the omelette)
6) Kemudian letak sosej yang telah  direbus / dipanggang atas salad tadi.Tabur sos cili and mayonaise.
7) Then gulung telur dadar yang ada 'secret ingredient' tadi sampai hujung ( kalau panjang sgt and mcm overfix dgn roti gardenia td, potong dua. )
8) Susun atas roti yang kosong yang telah di toast tadi. Kapit dengan roti yg ada cheese and tomato ceri tadi
9) Tadaa... siapp... sandwich omelette rahsia anda. Nyum.. nyumm.. makan panas2 for the crunchy taste.

ADUAN PPIM: Fw: pork in flora butter

Unit aduan PPIM masih lagi sedang menyiasat perkara ini dengan pihak pengeluar.
Subject: pork in flora butter


Please watch out for these two products as they contain animal-based (PORK) gelatin:

FLORA LIGHT & FLORA ULTRA LIGHT  http://www.floraloveyourheart.com.au/Public/products/floraUltraLight.aspx
http://www.floraloveyourheart.com.au/Public/products/floraLight.aspx

Also read the following email that was forwarded by Flora Consumer Relations Team:

Thank you for contacting Flora.

We are always interested to hear from our consumers and welcome your comments and enquiries.

The gelatine used in Flora Light and Ultra Light Spreads is derived from pork.

Flora Original does not contain any gelatine.

We thank you for your communication and hope this answers your enquiry.

Kind Regards
Sue Connolly
Consumer Relations Team
www.Unilever.com.au
Aus - 1800 888 997 NZ - 0800 900 028


The Flora Original remain pork free.

Hope this information are useful and please forward it to all the Muslims you know

dipetik dari sumber: http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2010/12/aduan-ppim-fw-pork-in-flora-butter.html

Tuesday, December 21, 2010

Ubi Rebus cicah Kelapa Muda

nyumm..nyummm... ubi kayu rebus.... cicah dgn kelapa muda... cicah dgn sambal bilis.... makan ubi panas-panas.....dalam hujan renyai2 di hari yang sejuk... ganding plak dengan kopi-o kow panasss.... uh..uh..uh... nekmat terasa....

gendang gendut tali kecapi..
sapa nak buat le sendiri..
resepi tak payah nak cari....
buat sambal bilis rebus ubi...

dahhh siapp...

*cara2 nak buat cicah kelapa style pantai timur*

gaul kelapa parut (1/2 biji) dari kelapa yg agak muda dengan garam & gula secukup rasa

Friday, December 17, 2010

UPDATE: PROGRAM TAJAAN TAHFIZ

update terkini dari penaung berkenaan projek tajaan tahfiz seperti entry sebelum ini ; Misi Sinar Harapan. Semoga Allah memberkati penaja-penaja yang tulus hati mereka itu dan semoga adik-adik yang belum ada penaja dapat meneruskan pelajaran tanpa gangguan dan semoga ramai lagi yang tampil untuk menaja mereka. *projek ini akan diteruskan dan diperluaskan untuk tajaan anak-anak yatim yang memerlukan*
Assalamualaikum

Alhamdulillah & terima kasih kerana sudi menaja adik2 pelajar tahfiz. Kami masih menanti lagi kalau2 ada yg sudi menaja lagi. Setakat hari ini tajaan seperti yang dilampirkan. Untuk bulan Disember kami trf dulu mana wang yuran yg diterima drp penaja.

Untuk MADRASAH DARUL QURAN MUHAMMADIAH masih menunggu no akaun bank. Pengusaha Madrasah Ust Khairul tiada dlm negeri, manakala Ust Zamani ditimpa kemalangan menyebabkan urusan terganggu. Kalau tiada aral insya-Allah saya sendiri akan ke sana pada hari Ahad nanti, dan menyampaikan sendiri padanya.Alhamdulillah untuk MADRASAH DARUL QURAN MUHAMMADIAH sudah cukup penaja.

Setakat ini utk TAHFIZ BERSEPADU AL-MAJAMI ada 3 pelajar yang ditaja.

Yuran Bulan Disember-TAHFIZ BERSEPADU AL-MAJAMI (3pelajar)

Amount: RM540.00 Status: Successful
Reference number: 1451102820
Transaction date: 14 Dec 2010
Transaction time: 12:58:03
From Account: 564593050270 PMA
New balance:
To Favourite 3rd Party Account: 153065256296 ROSMAWANI BINTI NAWI
Account Holder Name: ROSMAWANI BINTI NAWI
Recipient email:
eksekutifsuri@yahoo.com.my
Effective date: Today
Description of transaction: Yuran Tahfiz Disember 2010-3xRM180


Elly 012-3614014
Khidmat & Produk Online http://www.eksekutifsuri.com/
Fancy Cookies & Cup Cakes http://ellyezzatihomemade.blogspot.com/
Perjalanan Hidup Projek Amal
SanggarSuri http://eksekutifsuri.blogspot.com//

Lampiran senaraipelajar tajaan:


Thursday, December 16, 2010

Mode - Bengang

Tension....

dapat PC baru tapi takleh baca ext hdisk ... abeh camno nk upload gambo? semua gambo masak2 ada dlm tu... tu yg bersawang blog ni ha.... mtk tolong IT tgkkan, katanya hdisk aku plak yg ada virus.. apa kes? kan ada Panda kat PC ni... takde detect mende pong, apa hal lak hdisk tu yg ada virus????

So time lunch aku penuh dgn keboringan skrg.. nk mkn tak boleh... (heheheh... diet ke? uwek.. muntohhh!)

Wednesday, December 8, 2010

5 Tips untuk mengatasi PMS

hehehe.. sorry.. topik kali ini agak kewanitaan ye.. khas untuk wanita2, adik2 perempuan, kakak2, makcik2 dan semua yg Allah kurniakan nikmat merasai PMS. Nk explain ke PMS tu apa? Kalau nak google, key word nye "Premenstrual syndrome" atau sindrom datang bulan... heheheh...

Most common sindrom yang affect kita is period pain, kan? Padahal byk lagi sindrom lain yang terjadi tapi kita tak amik port pun sbb...??? Sendiri jawab lah ek... Another common sindrom is moody swings... sbb hormone kita dah start unstable sbb 'best buddy' tu nk datang ziarah...  SO camne nak tackle? Just let it happened? It will come and go pun kan? Tapi ketahuilah, kekadang mood swings kita tu boleh jugak mendatangkan mudarat pada diri sendiri di kemudian hari... nanti ada org boleh kecik ati dgn apa kita cakap, apa kita buat, silap2 boleh bawak kpd bermasam muka dan kata-mengata... Kan dah tak elok tu? Padahal org lain tak tahu pun kita ni tgh terkena sindrom tu... Lepas tu kerja kat opis pun buat sekadar melepaskan batuk ditangga je... kat rumah plak anak2 yg tak tahu apa2 tu kena marah je... padahal seharian diorg tak jumpa kita kan? Kesian diorng (ini ingatan untuk diri sendiri jugak... huhuhu)

Apa kata kita try ikut tips dr Jillian Michaels ni, (kalau korang tgk Biggest Loser korang kenal le minah ni).. mungkin boleh membantu. Artikel ini telah dialih bahasa kepada bahasa ibunda oleh NRAB ye.. buat kesenangan semua. (tapi maaf lah kalau ada rojak sana-sini, saya budak baru belajar...)

EXERCISE! Dalam erti kata lain, BERSENAM lah..
Yes, kita mungkin takkan nak bersenam dalam keadaan kesakitan kan? Mesti minda kita akan dengan pantasnya menidakkan idea ini.. ada ka tengah sakit2 nak suruh bersenam? Nak berdiri pun tak boleh kan? Tapi apa kata kita cuba buat slow2... InsyaAllah boleh. Dengan bersenam, sistem badan kita akan mengepam endorphin dengan lebih pantas dan dapat membantu mengurangkan kesakitan kekejangan / cramp. Ia juga akan meningkatkan paras serotonin, satu lagi neurotransmitter untuk mengimbangi mood kita.

Note: Apa itu Endorphin?
"Endorphins are neurotransmitters produced in the brain that reduce pain," says Alan Hirsch, MD, neurological director of the Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago.

Psst... kalau nak highest rush of endorphin dlm masa yg singkat, then make-love! (amaran! hanya untuk pasangan suami isteri yang sah sahaja ye.. pada yg belum kahwin, jangan mengada2 nak amik reason nk kurangkan PMS untuk buat dosa!)It has the highest endorphin rush rating - rating 5 berbanding dgn melakukan senaman, rating endorphin rush is 2 to 4, bergantung kepada intensity dan duration.

Dapatkan R&R yang cukup 
Tidur dan rehat yang mencukupi dan mengurangkan stress akan membuatkan hormon kita berkeadaan  lebih baik untuk mengawal ketidakseimbangan fisiologi disebabkan PMS.

Kurangkan Alkohol, Kafeine, dan garam.
Kurangkan mengambil minuman berkafein tinggi kerana ia dapat membantu meminimalkan ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara. Kurangkan juga pengambilan garam kerana ia dapat membantu mengurangkan rasa kembung. Tak perlu cakap lebih pasal alkohol sebab alkohol ni HARAM!! dan semua orang tahu minum alkohol ni hanya ada keburukan, tiada langsung kebaikan. Fullstop!

Makan Suplemen.
Pengambilan kalsium dapat megurangkan simptom PMS, jadi digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1,200 mg sehari. Magnesium dan B complex vitamins juag memainkan peranan tersendiri dalam mengurangkan simptom PMS. Untuk mengrangkan ketidakselesaan payudara dan  juga keradangan akibat kekejangan anda perlu mengambil primrose-oil suplemen; ia adalah agen anti-keradangan yang tiada steroid dan berkesan kepada kita sepertimana kita mengambil ibuprofen. (dalam bahasa biasa dengar - pain killer)

Kurangkan gula dalam diet seharian anda
Anda perlu menumpukan lebih usaha dalam mngurangkan pengambilan gula terutama sekali sebelum period. Tahukah anda, gula biasa yang kita guna pakai setiap hari untuk membuat minuman itu  boleh mendatangkan keradangan, dan menjadikan kekejangan semakin teruk. Anda hanya perlu makan regular meals dan snacks dengan fiber dan protein yang tinggi . Ini dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah anda.

Semoga dapat manfaat buat semua.

Monday, December 6, 2010

SICILIAN ORANGE CAKE

Hmm... meh tengok kek yang dibuat utk kudap2an kat rumah weekend lepas. Dah lama duk baca kat blog org lain.. setiap blog masak2 yang 'ter'singgah, mesti ada entry pasal kek ni.... I wonder knp berjangkit kek ni aa? Sedap ke? Terklik plak link Rima from Mamafami's blog... lagi dahsyat.. Rima dah byk kali buat...

hmm... tgk dulu pada ingredients... owhh... too simple... so can do lah... prep tak amik masa yg lama pun... i loike this kind of recipe... SO i start baking from 11.00pm... lebih kurang 11.30pm batter dah masuk oven... lebih kurang 12.15 kek dah masak... simple and nice.....

Check out the recipe below. Recipe dlm bhs omputeh yang ku just C&P je dr rumah Mamafami's. Minta izin ye kawan2... nk simpan resipi simple dan sedap ni kat blog ku... terima kasih. (Ku ada bega2 sket resipi asal... tgk text condong adalah hasil kederhakaan ku pd resipi asal...sbb derhaka, kerana stok takde.. )


SICILIAN ORANGE CAKE
Source : Rima

Ingredients :
250g butter, at room temperature, plus extra for greasing
250g caster sugar
4 medium eggs
1 1/2 tsp finely grated orange zest (ku just masukkanzest dr sebiji oren.. about 1 tsp je dapat rasanya)
250 g self raising flour (takde stok... so pakai tpg gandum biasa + 1/2 tsp baking soda)
85 ml freshly squeezed orange juice (dpat 70ml je juice dr sebiji oen yg ada itu... so ku tambah sunquick oren paste sebyk 20ml lagi... heheheh..)

For the icing : (tak buat icing ni... ingat nk drizzle choc cair je... tp itu pun tak buat sbb M.. :-) )
125 g icing sugar
5 tsp freshly squeezed orange juice

Method :
- Preheat the oven to 170C. Grease and line a 22-cm clip-sided round cake with non-stick baking paper.

- Using an electric whisk, cream the butter and sugar together for 4-5 minutes until very pale. Beat in the eggs, one at a time, beating very well between each one, if necessary adding a spoonful of flour with the last egg to prevent the mixture from curdling. Beat in the orange zest. Add the flour all at once and mix in well, then slowly mix in the orange juice.

- Spoon the mixture into the prepared tin and bake on the middle shelf of the oven for 45-50 minutes or until a skewer, inserted into the centre of the cake, comes out clean. If it starts to brown too quickly, cover loosely with a sheet of lightly buttered foil.

- Leave the cake, in its tin, to cool on a wire rack, then carefully remove the sides and base of the tin and peel off the paper. Put it onto a serving plate.

- For the icing, sift the icing sugar into a bowl and stir in the orange juice until you have a spreadable consistency. Spread it over the top of the cake, letting it drip down the sides, and leave to set. Serve cut into slices, and store any leftovers in an airtight container

Friday, December 3, 2010

Misi Sinar Harapan: Tajaan pelajar Tahfiz diperlukan

Dah lama tuan rumah menyepi... sebab.. tuan rumah sentiasa bz... entah bile le tak bz nye kan...  ada byk entry yg pending, apa lagi kalau bukan entry makan2.. eh.. masak2... (entry makan2 kat blog anak amen je.. hahahah)...

Tp mungkin entry masak2 tu kena hold dulu lah.. ada entry yg lebih penting lagi utk didahulukan...

Sebenarnya tn rumah ni teringin sgt2 nk membantu rakan2 charity seperjuangan di alam maya ni, nk turun padang... tp buat waktu ini ada je kekangan. Jadi, untuk itu, mari kita gunakan kuasa internet ini untuk kebaikan... marilah kawan2 yg terbaca entry ku ini... sama2 sebarkan harapan mereka2 yang memerlukan bantuan kita ini... kalau kita tak mampu dari segi kewangan, kita bantu dr segi lain.

Ini adalah message asal dari k.elly, seorang wanita tabah yang tidak hiraukan kepayahan diri sendiri tp terus menerus berusaha dan berjuang utk kesenangan org lain yg lebih memerlukan. Perjuangan beliau tidak ditaja mana2 pihak... kitalah yg perlu membantu.... Anda ingin membantu tapi terasa sukar dgn keadaan kewangan semasa? Jangan buntu, saya ada cara. Baca dulu email dr k.elly di bawah ye, nnt idea saya akan menyusul di entry lain. Wassalam.

From: eksekutif suri

Subject: Misi Sinar Harapan:PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ
Date: Thursday, December 2, 2010, 11:51 AM


Assalamualaikum
Sepanjang ziarah amal kami, perkara yang paling menyentuh hati apabila ada pelajar2 miskin & anak yatim yang bersemangat untuk mendalami agama Islam & al-Quran tetapi kekurangan wang untuk sara hidup & yuran pembelajaran. Manakala pihak pengurusan madrasah pula perlu berkorban demi melihat anak2 muda generasi akan datang ini dapat menuntut ilmu.
Berikutan dengan pertanyaan & cadangan drp beberapa pihak yang prihatin terhadap nasib mereka, kami bersama beberapa sahabat yang prihatin bercadang untuk meringankan beban keluarga miskin ini di samping juga meringankan tanggungan pihak madrasah dengan menganjurkan :

PROGRAM TAJAAN YURAN BULANAN PELAJAR TAHFIZ

(ANAK YATIM & FAKIR MISKIN)

Bersama ini dilampirkan senarai nama pelajar2 tersebut. Sekiranya sahabat-sahabat ingin membantu membayar yuran bulanan, boleh berikan nama pelajar yang ingin ditaja, emailkan kepada kami seperti email di bawah, untuk kami selaraskan. Insya-Allah pihak kami masih menanti lagi senarai nama pelajar2 lain termasuk pelajar mualaf drp Institut Dakwah Islamiyah PERKIM. Pelajar2 di situ kebanyakan tiada tempat bergantung dan terbuang drp keluarga asal mereka.
Untuk maklumat lanjut tajaan yuran bulanan hubungi:
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
SanggarSuri http://eksekutifsuri.blogspot.com/
Semoga Program ini mendapat sambutan dan menjadi satu amal ibadah kita yang diterima Allah untuk bekalan di akhirat nanti. Semoga anak2 yatim & miskin yang kita bantu tunaikan harapan mereka ini menjadi anak2 yang soleh & solehah, bermanfaat kepada agama, bangsa & negara, malah tidak lupa mendoakan kesejahteraan kita. Amin