Thursday, December 23, 2010

5 Cara Merawat Cagu atau Cengkam Kuku

Entry ini dibuat khas untuk buah hati kesayangan yang tgh duk menderita kena cengkam.. masuk meeting pun pakai selipar je.... tp nk main badminton bleh plak tahan pakai kasut ek? :-)

entry berikut dipetik dari sumber: http://emjayjb.multiply.com/journal/item/103 dan juga http://petuasejagat.blogspot.com/2009/05/3-cara-merawat-kuku-bengkak-aka-cagu.html .
Minta izin untuk share petua ini di blog ini pula ye.
Terima kasih.
***********************************************************************
Cengkam atau cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk (jangan le sampai tahap ni bang...). Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping memakai kasut yang sempit dan cara memotong kuku yang salah. (org dah byk kali ckp kannn.... Nampak gaya lepas ni tambah sorang lagi in queue utk potong kuku lah ni.. sape lak nk potong kuku pemotong kuku ini??hihihihi.)
Untuk merawat penyakit cagu atau cengkam ini, berikut diberikan kaedah yang insya-Allah berkesan dan paling penting sekali ia tidak menyakitkan.

Amalkan cara ini:-

Cara 1: ALkohol
1.  Beli alkohol kalau boleh jenis etanolpun boleh. Kalau susah, pergi jumpa cikgu di sekolah mintak etanol barang sebotol kecil
2. Beli putik kapas
3. Selepas mandi atau setiap kali kaki tersebut basah, celupkan putik kapas ke dalam etanol dan titiskan ke tempat cagu tersebut.
4. Dengan menggunakan putik kapas yang tadi, ratakan ke semua bahagian cagu tersebut. Sila tekan dengan lembut menggunakan putik kapas tersebut agar etanol tersebut dapat memasuki segenap ruang dan bahagian pada cagu tersebut. Kalau tidak mencukupi, titiskan lagi dengan etanol baru. Tekan-tekan lagi agar ia meresap ke segenap pelusuk kawasan cagu.
5. Biarkan barang seminit.
6. Ambil putik kapas bersih yang baru dan serap segala campuran etanol dengan nanah tersebut sehingga benar-benar kering. Buang putik kapas tersebut.
7. Ulang langkah langkah 3, 4, 5 dan 6 di atas selama 2 kali lagi agar segala nanah sudah keluar dari segenap bahagian cagu tersebut. Kalau masih ada nanah yang belum habis keluar, ulang lagi langkah ini.
8. Akhiri rawatan dengan menggunakan putik kapas baru, celupkan ke etanol dan titiskan ke segenap kawasan cagu. Tekan-tekan kawasan cagu menggunakan putik kapas tersebut sehingga etanol tersebut memasuki segenap ruang kawasan cagu.
9. Jangan dikeringkan etanol ini dan terus berjalan agar etanol ini benar-benar memasuki segenap ruang dan rongga cagu.
10. Berdoa semoga Allah menyembuhkan cagu anda. Insya-Allah dalam tempuh 2 - 3 hari, sembuhlah cagu anda.
11. Setelah sembuh, elakkan memakai kasut dengan kaki yang basah. Elakkan kasut yang sempit. Jangan potong kuku berbentuk U tetapi potonglah berbentuk pahat tetapi bahagian hujung tepi di kiri dan kanan di  curve (bulatkan) kan sedikit.

Etanol adalah satu bahan pembunuh kuman dan dalam rawatan ini, ia membersihkan segala kuman di kawasan cagu tersebut. Selain membunuh kuman, penggunaan etanol ini juga sangat baik bagi mengeringkan kawasan jangkitan bagi mengelakkan kuman baru membiak di kawasan tersebut

Cara 2: Santan pekat Kalau susah nak dapatkan etanol......ambil segenggam kelapa parut, yg belum diguna lagi...perah santan pekatnya kat atas cagu/cekam tu...biarkan err berapa lama ya...ikut suka kot..lagi lama lagi cepat baik kot...

Cara 3: : daun inai 1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.
2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.
3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.
4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.

Cara 4:  daun keembung putih
i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.
ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.
iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.
iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.
v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.

Cara 5:  ubat sensei Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.

Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.

Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.

Caranya begini;
a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.
b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.
c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.
d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.

Cuma kesannya untuk cara ke #5 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.

No comments: