Thursday, April 7, 2011

Lovely CHeezy Pudding


ya ampun sebok tak sempat update blog.... ni entah biler punya dessert tah buat... berkurun baru nk share kat sini... resipi c&p dari blog AlongRoz yang glamer di persada masak memasak ini. Mintak AlongRoz halalkan sharing session di sini. Terima kasih daun keladi.

Sila la cuba... rugi kalau tak cuba.. rasa nye sungguh lemak berkrim dah nyaman di tekak.... nk buat pun senang.. masih terbayang2 rasanya.... nyumm..nyumm....

Puding Cheese AlongRoz
Puding cheese yang hanya menggunakan biskut cheese tapi tetap sedap & rasa yg lemak berkrim.

Saiz 8" persegi

BAHAN2:

13g Serbuk Agar-Agar

1 liter Air

120g Gula

3 biji Telur

120-150g Biskut Cheese - blend halus

1 sb Tepung Kastad

400ml Susu Cair

200g Susu Pekat

50g Mentega

CARA2:

1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.

Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.

Masukkan susu & kacau sebati.

Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.

Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.

Sejukkan sebelum di hidangkan.