Friday, September 30, 2011

Entry Utk Pengantin Baru - part 2: Petua Rumahtangga Bahagia

Ni sharing ilmu part 2.... :-)



Credit to http://www.pakarhowto.com/ . Info dapat dari e-book. Nak download, gi kat link tu ye.

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
 
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.


21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."

Nota kaki RATU:  1) terpulang kepada budi bicara pembaca sekalian... ada yg bersetuju dgn artikel di atas, ada yg tidak... tapi mana yang baik kita amik, mana yang agak2 ada rasa tak puas hati, kita boleh kaji balik dan perbaiki dan share input yang telah diperbaiki itu.
2) self-check RATU ye... how many above points you have done? let's strive!

Thursday, September 29, 2011

Entry Utk Pengantin Baru - part 1: Debar Malam Pertama

Assalamuaalikum

Entry ni aku dedicate khas utk semua pengantin baru yang telah melangsungkan perkahwinan.... Terpanggil nak share info kat sini utk rujukan dan penambahan ilmu kepada semua.... dan juga sempena dot dot dot (yg ni aku takleh tulis... yg mkn cili dia rasa pedas sket la kan.. heheheh)

Sebelum pape, aku kasi credit dulu pada empunya artikel - http://www.rahsiaperkahwinan.com/
Banyak info leh dapat kat sini. Rajin-rajin membaca ye....

DIRENCANA OLEH RAHSIA PERKAHWINAN 04 AUGUST 2008


Debar Malam Pertama

Read more: http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/08/debar-malam-pertama.html#ixzz1ZKKaa7Sz
Under Creative Commons License: Attribution

Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru.Satu pengalaman yg selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain,kini benar-benar akan mereka alami sendiri.

Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama .Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama .

Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna,dlm debar mereka biasanya tidak sabar utk mengalami sendiri peristiwa yg akan diingati seumur hidup.Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yg sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama pengantin baru berlangsung dgn penuh nikmat, beberapa perkara harus diberi perhatian.

Persiapan Fizikal
Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda utk menghadapi malam pertama. Khususnya kaum wanita.Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangn awal utk persiapan hari perkhawinan.

Maka ada baiknya jika sang suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan,sekiranya pasangan kepenatan,apa salahnya menunggu keesokan harinya, Setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

Persiapan Mental
Bagaimana dgn persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia utk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimal kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baru.

Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yg bakal dilalui.

Cukupkah Ilmu Di Dada?
Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yg perlu dipelajari lebih lanjut.Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai,anda hanya mendengar,kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut.

Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yg memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan utk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yg berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yg lebih lama.sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

Tahu Bahagian Tubuh Yang sensitif
Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’(bahagian tubuh yg sensitive terdadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak.Namun bagi isteri utk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tantu jauh lebih mudah,bukan?

Jangan Makan Berlebihan
Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda utk membantu proses percernaan makanan.akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yg dikehendaki dan seterusnya yg membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

Tinggalkan Kenangan Yang Indah
Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yg mendalam.Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri.Untuk itu,pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yg ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya .

Ni nota dari RATU: Jangan takut. Just remember utk baca doa dan ikhlaskan hati kerana Allah. InsyaAlalh Allah permudahkan semuanya.

Tuesday, September 27, 2011

Kek Gula Hangus

heheheh..... tiada kata dpt menggambarkan perasaan dpt kunyah kek chewy dan sedap lemak manis mcm ni... Dulu sungguh tak suka, tp sekarang.... wahhh... i loikkkeeee very much... resepi pun dah hafal beb dlm kepala....

Kek Gula Hangus


1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Masak gula atas api sederhana besar sampai semua hancur (warna berubah dr putih ke perang yang amat sgt)
* Mauskkan air panas ke dalam gula hangus tadi. Berhati-hati! Sebab campuran tadi akna meletop2 dan memercik.. jgn sampai kena tangan ye...
* Pastikan semua gula dan air dah hancur, then masukkan mentega... terus tuutp api.
* Biarkan mentega hancur dan sejukkan campuran tadi seketika.

4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat

* Saya blend semua telur sampai berbuih2
* Then masuk susu pekat, blend lagi
* Then masuk tepung gandum + soda bikarb -> sambung blend
* Then masukkan campuran gula hangus yang telah sejuk tadi , blend lg sehingga sebati.
* Biarkan seketika. Ikut resepi asal, kena perap dalam 3-4 jam utk dapatkan sarang yang cantik.
Tapi kalau tak perap pun ok... cuma kena pastikan campuran gula hangus tadi betul2 sejuk sebelum masuk ke dalam campuran tepung. Baru sarang menjadi. Kalau tak, takde sarang beb.... sbb dah buat 5-6 kali guna teknik berbeza... so RATU tau dah apa kesannya... heheheh.... Tapi walau rupe takde, rasa tetap mantapp!!


Selamat Mencoba!

Entry Basi... Ramadhan Kareemm...

Nak wish selamat menyambut Ramadhan pun, too over late already... memandangkan hari ni dah pun 29 Syawal.. hahhaha.... saje je la buat post ni sbb nk letak gambar hambe dgn anak2 dare hambe masa mlm weekends.... sempat le gi berterawikh dgn diorg.... first weekend tu ok le... berkobar2 semangat.... Masuk 2nd weekend, ada yg sempat solat 2 rakaat je, lepas tu tertidor kat belakang la, si kecik pulak berlari2 dgn mengibarkan telekung dia pakai tu ala2 princess ke, butterfly ke kat belakang tu jugak.... Janji korang tak kacau jemaah...



Friday, September 23, 2011

Sotong Tempura Meletop-letop

Ok... try cari gambar2 wedding Che SU tp nb ni xleh plak nk baca ext hdisk tu.. Tension ... so mmg takleh le nk ikut turutan agenda nk update blog ni...  Byk gambar simpan kat hdisk tp nb ni xleh nk baca... kekadang boleh,kekadang x detect... nth ape peel nth....

Jadi, balik kepada citer masak2 lah... Ni makanan kudapan utk dinner... try buat Sotong Tempura.. pakai tepung Goji.... pernah dgr? Senang gile pakai tepung ni, bancuh dgn air sejuk je... TAPIIII..... haaa... ada tapi besar tu.... Apasal? Tengok gambar ye

Nampak ada 2 versi kat dlm pinggan tu? Yg kiri tu kaler putih mulus takde baju.... yg kanan baru ada baju.. itupun sket2 je... tp seb baik lah baju tu rangup.... haduii....

Tak tahu le mana silap... confident je campak dlm kuali gorengan pertama tu... sekali tgk apsal tepung ni melekit je.. padahal dh lama dlm kuali.... Pastu, main plak dgn sotong yg sensitif kpd masa ni... takut je kalau biarkan lagi lama, liat pulak gelung2 tu... Bile angkat, hai semua baju lucut... Gerammm je...

2nd try, RATU bukak api paling busat punya... kuali asap kepul2.... pastu masukkan sedikit lagi.... Buka hood suction power maximum.... tapi half way, meletop2... kalau bukak hood tu letak atas kuali pun tak de guna dah hood tu.....

3rd try pun mcm tu jugak, meletop2 ya ampunn.... goreng kepok lekor, hati ayam pun xde le meletop mcm ni sekali.... Natijahnya, satu dapur nk kena mop...sbb lantai berminyak2.... stove top pun... haduii... tgk le gambar seterusnya.... penat badan.... Takmo dah goreng ni lepas ni.. Tp sedap la... Kalau rajin coba, kalau M mcm RATU tepuk dada tny kudrat ye.... hehhehe

Thursday, September 22, 2011

Tolong Vote yg mana cantek?

Hehhehe.... takleh folo gak list tu...

Nk mintak tolong votekan design mana yg ok... ni utk item #5 utk entry kat bawah tu.... hehheheh.... My personal choice  #3. Korang rasa?









I'M BACK!! Pheww... after 3 mths....

errrkkk..... byknye sawang kt blog NRAB nih... x tahu nk start kat mana.... Byk yg miss out nk update kat dlm blog ni.... SO, where to start? Need to list what's first and next and so on...

Ok... for a start since i stopped for the last entry;

1) around wedding Che SU
2) Ramadhan
3) Syawal
4) Dengue and admitted
5) CUrrentproject!

SO, till later.