12 TENTANG JIWA YANG KOTOR ( 37-44 )
DI dalam kehidupan ini kita telah tahu bahawa ada dua macam penyakit yang telah mengganggu manusia. Pertama, penyakit yang mengenai anggota badan atau jasmani, seperti deman, batuk, sakit perut dan sebagainya. Sedangkan yang kedua penyakit yang bersumberkan dan rohani atau bersifat kejiwaan.
Adapun penyakit yang kedua itu, iaitu penyakit rohaniah, ubatnya hanya satu sahaja, iaitu dengan jalan mensucikan jiwa sendiri dan penyakit tersebut, dengan mengamalkan dan menghayati petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh agama, baik Allah dan Rasul-Nya.
Penyakit yang kedua ini jauh lebih berbahaya dan penyakit yang pertama, sebab kalau penyakit rohaniah itu tidak dapat segera di ubat, maka akhirnya tak ubahnya seperti api dalam sekam, yang lama kelamaan akan menimbulkan kebakaran yang sangat besar. Dan penyakit ini akan menghambat orang dalam hubungannya dengan Tuhannya. Penyakit rohani itu banyak macamnya. Dalam satu hadis di jelaskan Rasulullah SAW sebagai berikut:
"Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh suatu penyakit umat."
Para sahabat bertanya:
"Apakah penyakit umat itu?
Nabi menjawab:
"1. Kufur nikmat.
2. Sombong.
3. Tamak.
4. Berlumba-lumba.
5. Benci-membenci.
6. Dengki-mendengki sehingga melampaui batas (berlaku kejarn) dan kemudian bunuh mernbunuh."
(HR. Ibnu Abid Dunya).
Rasulullah menyebutkan penyakit itu dengan sebutan penyakit umat, sebab sifatnya umum, berlaku kepada kaum perempuan dan kaum lelaki. Cuma penyakit itu ada yang masih ringan dan ada pula yang sudah berat.
1. Kufur nikmat.
Kufur nikmat. Secara garis besarnya ada dua macam nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada makhluk-Nya, terutama makhluk manusia. Pertama nikmat yang dibawa sejak manusia lahir ke dunia, yang dapat disebut dengan nikmat fitri. Nikmat itu ialah seluruh anggota jasmani yang menjadi alat hidup secara lengkap, seperti: Kaki, tangan, perut, mata, hidung, tangan, telinga dan lain-lain.
Alat untuk hidup tersebut sangat mengagumkan, berfungsi melebihi mesin yang sangat canggih yang ada di dunia ini, ianya dapat bergerak secara serentak dan pada waktu yang sama. Sambil melihat, orang dapat bercakap, mendengar, mencium berjalan dan lain-lain.
Kedua, nikmat yang sifatnya datang kemudian yang dikurniakan Allah dalam perjalanan hidup manusia, seperti: tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan, harta benda dan lain-lain.
Nikmat yang melimpah ruah itu tidaklah terbatas, seperti diterangkan oleh Allah dalam firman-Nya.
Ertinya:
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya tidak sanggup kamu menghitung jumlahnya." (An-NahI: 18)
Apabila ada seseorang yang memberikan sesuatu kepada kita, maka hati nurani kita sendiri akan mendesak untuk segera mengucapkan terima kasih kepada orang yang berkenaan. Apa lagi terhadap Allah SWT yang telah menganugerahkan nikmat yang tidak putusputusnya, sejak manusia ada dalam rahim ibunya sampai ia masuk ke dalam lubang kubur.
Untuk menghindari penyakit kufur nikmat ini harus sentiasa bersyukur dengan jalan berbakti kepada-Nya, mengerjakan suruhan-Nya dan menghentikan segala larangan-Nya. Firman Allah:
Ertinya:
"Dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamu men yembah." (An-Nahi: 114)
Orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah itu, lebih-lebih lagi yang mempergunakan nikmat yang diterimanya untuk mendurhakai Allah, mengerjakan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah, maka sikap yang demikian itu di namakan kufur nikmat.
Akibat dan sikap kufur nikmat itu, pada suatu ketika nanti Allah akan menimpakan bencana terhadap pelakunya, kadang-kadang dalam bentuk kesengsaraan, mala petaka, selalu ditimpa penyakit dan sebagainya. Apalagi kalau yang kufur nikmat itu banyak jumlahnya sampai satu negeri, maka kaum dan negeri tersebut pada suatu ketika akan dihancurkan oleh Allah.
2. Sombong.
Penyakit sombong yang menimpa umat adalah:
suatu gejala emosi yang merasa din lebih dan orang lain, kerana seseorang itu merasa lebih cantik, lebih kaya, lebih berpangkat dan lain-lain. Malah kalau sifat sombong itu sudah sampai kepada tingkat yang lebih tinggi, seseorang itu akan menjadi takbur.
Islam melarang umatnya berlaku sombong, baik dalam sikap, tingkah laku mahupun dalam perkataan. Sebagaimana firman Allah yang ertinya:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dan manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan membangga- * ban ggakan din." (Luqman: 28)
"Dan sederhanakanlah kamu dalarn berjalan dan lembutkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai." (Luqman: 19)
Apabila sifat sombong itu bersarang dalam jiwa orang yang berkuasa, maka akan timbullah perbuatan yang kejam terhadap masyarakat atau rakyatnya.
3. Tamak
Penyakit tamak ini ialah suatu sifat ingin menguasai atau mendapatkan bahagian lebth banyak dan orang lain. Nama yang lain dan sifat tamak ini ialah loba atau serakah. Pada umumnya, sifat tamak itu berkenaan dengan perkara kepuasan dan kemewahan hidup di dunia. Tamak terhadap harta benda, dengan jalan mengumpulkan harta benda dan kekayaan dengan sebanyakbanyaknya. Tidak peduli apakah dengan cara yang halal mahupun dengan cara yang haram, merampas hak orang lain, inerugikan kepentingan umum dan lain-lain sebagainya.
Nabi Isa as. pernah mengatakan bahawa tamaknya manusia terhadap harta benda itu tak ubahnya seperti orang yang sedang meminum minuman yang memabukkan, semakin di minum semakin berkurang rasanya dan tidak puas-puas. Baharulah mereka akan berhenti minum, kalau sudah mabuk atau tidak sedar din. Sejarah telah menunjukkan, bahawa tamak terhadap harta benda atau tamak terhadap kekuasaan itu tidak akan bertahan lama, dan pada tingkat terakhir pasti akan mengalami kejatuhan, sebab tidak sesuai dengan nilai-nilai keadilan dan kemanusiaan.
Islam mengendalikan hawa nafsu terhadap harta benda itu dengan mengadakan batasan. laitu di bolehkan mengejar harta benda, tapi harus melalui jalanjalan yang sah dan halal. Kemudian apabila sudah sampai satu batas jumlah yang tertentu, maka harus dikeluarkan zakatnya, infak, sedekah dan lain-lain.
4. Berlumba-lumba. Penyakit berlumba-lumba ini dapat juga dikatakan sebagai kelanjutan dan sifat tamak. Jika berlumbalumba itu masih dalam batas-batas yang dibolehkan oleh agama tidaklah mengapa, tetapi kalau berlumbalumba itu sudah sampai kepada perkara saling buruk-memburukkan, jatuh-menjatuhkan, maka akan sampailah manusia itu pada tingkat permusuhan. Dalam pada itu, Islam memang menganjurkan supaya orang-orang berlumba-lumba dalam segala bidang kehidupan, baik untuk kemajuan peribadi mahupun untuk kemajuan bersama. Akan tetapi berlumbalumba yang dianjurkan oleh Islam adalah berlumbalumba yang akan membawa kepada kebaikan.
5. Benci membenci.
Penyakit benci membenci ini adalah suatu sifat yang biasanya ada dalam pergaulan masyarakat, penyakit ini jika di biarkan akan meningkat kepada permusuhan. Sebab timbulnya sifat benci membenci itu kadangkala disebab oleh masalah kecil, seperti kerana pembawaan seseorang, sikap, ucapan, tidak bertimbang rasa dan sebagainya. Oleh kerana itu dalam pergaulan seharihan hendaklah di jaga dan dipelihara sebab-sebab yang dapat menimbulkan perasaan benci. Biasanya kebencian itu tidak datang sepihak sahaja, tapi pada kedua belah pihak. Umpamanya antara keluarga sesama keluarga atau antara tetangga sesama tetangga. Apabila sifat ini sudah mulai dirasakan dalam hidup bertetangga, maka hidup akan terasa seakanakan duduk di atas bara api.
6. Hasad.
Hasad adalah suatu sifat atau sikap dengki dan iri hati terhadap nikmat yang diperoleh oleh orang lain. Bukan hanya semata-mata iri hati sahaja, tapi yang diinginkannya supaya nikmat tersebut hilang dan tangan orang yang berkenaan.
Pada hakikatnya hati kecilnya menginginkan supaya ia hendaknya dapat pula memperoleh nikmat seperti itu, tapi tidak ada kemampuan untuk mendapatkannya, maka timbullah sikap buruk dalam dirinya iaitu hasad dan dengki. Sikap jiwa orang yang hasad itu diungkapkan dalam Al-Qur'an:
"Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya." (A1-Imran: 120).
Akibat dan sifat hasad ini bukan sahaja merosak din orang lain, tetapi juga akan merosak din sendiri. Oleh sebab itu, Allah SWT memerintahkan supaya orang-orang yang beriman baik lelaki mahupun perempuan selalu memohon perlindungan din dan penyakit yang bahaya ini seperti dijelaskan dalam al-Qur'an:
"Dan aku berlindung kepada Tuhan dan kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki." (A1-Falaq: 5)
Dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan: "Ada tiga perkara, dimana tiap-tiap umat tidak tenlepas daripadanya, iaitu: Hasad, buruk sangka dan berselisih. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan keluar dan tiga perkara itu? laitu apabila engkau berburuk sangka, janganlah engkau kuatkan buruk sangkamu itu, apabila hasad janganlah berlaku kejam dan apabila engkau berselisih faham, maka janganlah engkau menyakiti." (HR. Abu Daud).
Keenam sifat diatas itu, kebanyakannya terdapat pada kaum wanita, oleh kerana itu, untuk menghilangkan sifat-sifat tersebut hendaknya selalu melakukan musahadah (berjuang melawan hawa nafsu) serta hendaknya melatih din dalam membiasakan mengerjakan amalan-amalan yang sifatnya untuk mendekatkan din kepada Allah.
No comments:
Post a Comment