Wednesday, July 15, 2009

Mee Kari Goreng Yatie

Ok, yg ni plak resipi mee goreng biasa yg dah di-improvise. Sebenarnya, nk cuba rasa lain dr biasa.. asyik2 pakai bumbu yg common kan, apa kata kita modify sket and tambah perasa. So, the outcome?? Mmm... nyummm... ada rasa lain sket dr mee goreng kebiasaan.. sedap pd tekak chef yg tak bertauliah ni. Hehehe... anak2 suka, bapak anak pun suka... mama nya sempat rasa sejemput je... gambar yg amik ni pun yg last portion ada dlm kuali.

So, sudi2kanlah mencuba resipi yg common tp rasa yg tak common. (Telah juga dicuba utk kuey-teow gorng, pakai bumbu yg sama... mmm.. sedap gak...)


Mee Kari Goreng
Bahan2:
5 ulas bwg merah *
3 ulas bwg putih *
2-3 ekor udang segar *(boleh juga diganti udang kering kalau xde alahan)
sedikit cili boh *(nak buh byk pun boleh, sy tak boleh letak byk sbb anak2 komplen pedas, nnt tak makan)
2 sudu besar serbuk kari
3-4 s/b sos tiram
3-4 s/b sos cili
sedikit air
200g udang
sawi / taugeh (sy tak masukkan. xde stok)
garam dan gula secukup rasa
1 bj telur
mee kuning sepeket

1) Bhn2 * kat atas sy tumbuk bersama utk dijadikan bumbu - then tumis sehingga naik bau.
2) Agak2 bumbu dah separuh masak, masukkan serbuk kari, gaul rata... tumis lagi just utk bg serbuk kari td masak dan sebati dgn bumbu.
3) Masukkan sos tiram and sos cili. Tumis lagi.
4) Masukkan air sikit kalau terasa bumbu tu pekat sgt. Tp jgn byk, kalau byk sgt, tak lekat plak pd mee nanti.
5) Then masukkan udang. Tumis sampai udang masak.
6) Perisakan dgn garam dan gula
7) Tuang mee / kuey teow. Goreng mee / k.t sampai sebati.
8) Kalau suka, pecahkan telur kat tepi kuali, kacau2 bg pecah, then gaulkan dlm mee td.
9) Dah siap.. boleh hidang. Can also tabur segala daun bwg kalau suka.

Tuesday, July 7, 2009

Muffin Coklat

Ok, alang2 tgh kecahkan dapur dgn muffin durian tu, langsung skali lah buat muffin coklat ni kat abg ngah... sebok nk mkn kek katanya... dah lama jugak tak bake apa2 kat anak2 ku kat rumah, almaklum... mama diorg ni 'over rajin'. If only i have somebody to help me to take-over kerja2 yg tak berkesudahan kat rumah tu... i can happily indulge in this hobby of mine... tp dek kerana kepenatan dgn keja2 lain, nk memasak pun dah jadi tak larat...

Oh, back to this recipe, senang banget!! I loikkkeee it very much. And i will definitely do the same recipe again2 and again in future. Dpt recipe ni dr blog MakLang Azie. Thx MakLang! And thax to yani from Myresepi for sharing this resipi.

Abg Ngah loved it very much! Saje je i baked dlm muffin cups yg kecitt-kecit tu... bg senang budak2 tu mkn.. skali ngap trus masuk mulut... Satu adunan ni dpt 24 pcs of small muffin + 2 medium souffle cups. Can't compalint much cos the small muffins turned out to be so delicious... nyumm..nyumm... (gambar blur cos snap dgn hf)

So, give it a try! Jgn tgk pd rupa, kena rasa pd lidah.. hehehe...



Muffin Coklat
Sumber : Yani (myresepi)

Bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair.
Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh.
Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula

Durian Muffins

Oh yess... semlm tgk dlm freezer, ada 2 tubs durian lagi... Ari tu dah mask bubur kacang durian... nk buat pengat durian, malam2 ni takde la plak santan... Hmm... teringat lak ari tu Chef Tania ada share resepi muffin durian. Terasa nk try... Well, ini first time buat resepi utk kek pakai durian, sblm ni tak confident. Now pun bukan confident sgt pun, tp kalau tak cuba sampai bila nk pandai kan...

Ok, ini resepi ori dr Chef Tania. TQ chef for sharing this wonderful recipe. I just make half of the batter.. sbb timbang2 durian in 1 tub tu, just dpt 300gm je.

I need to improve more. Byk mistake rasanya.
Firstly, at the time nk scoop batter into muffin cup, the batter seems very sticky. Why? Is it because over beaten? I suspect because masa lepas durian tu masak, dia belum betul2 sejuk, i poured the mixture into the batter. Ada impact ka?
2ndly, my choc chips (which i pour in 1-2 mins b4 scooping) melted in the batter. Jadi x cantik la my muffin (compare le gambar muffin chef tania dgn muffin i... huhuhu... malu weihh...) Maybe bcos the batter is still suam2 kuku?? So need tor eally wait until the batter / mixture betul2 sejuk dulu?
3rdly, after dah masak, my muffin tak fluffy, berat je... mcm kek bantat... but rasa alhamdulillah... sedap. This is the 2nd tiem i bake muffin, 1st time bake pun, mcm tu jugak... berat... How to do a very fluffy & light muffin?

Ok, give it a try. Jgn tgk pd rupa, kena rasa pd lidah. Heheheh...



DURIAN CHOC CHIP MUFFINS

A. DURIAN PUREE
600 GM DURIAN MEAT
1/2 CUP SUGAR
1 CUP WATER
1/2 TSP SALT

PUT ABOVE MENTIONED IN A BLENDER GRIND INTO PASTE,COOK OVER SMALL FIRE USING THICK SAUCE PAN SO THAT IT WILL NOT EASILYBURN, COOK ABOUT 20 MINS UNTIL A LITTLE THICK, AND LEAVE TOO COOL.

ING B.
450 GM SELF RAISING FLOUR
1 TSP BAKING POWDER
1 TSP BICARBONATE SODA
120 GM CASTER SUGAR
5 NOS. EGGS
100 ML UHT MILK (i used low fat milk)
100 GM MELTED BUTTER3
00GM DURIAN PUREE
100GM CHOCOLATE CHIPS

METHODS
1. IN A LARGE BOWL ADD IN FLOUR, BAKING POWDER AND BICARBONATE POWDER USE A WOODEN SPOON AND MIX WELL, BUILT A WELL IN THE CENTRE ADD IN THE LIQUID INGREDIENTS EXCEPT THE CHOC CHIPS
MIX WELL AND LASTLY ADD IN THE CHOC CHIP.
2.PUT THEM IN YR MUFFINS CUP ABOUT 3/4 OF THE CUP, PREHEAT OVEN AT 180 FIRST ABOUT 10 MINS, AND BAKE THE MUFFINS FOR ABOUT 20 TO 25 MINS.......

NOTE: THE BALANCE DURIAN PUREE CAN BE FROZEN FOR YR NEXT MUFFINS......

Friday, July 3, 2009

Berdoalah...

Dato' Dr Haron Din
[b]SOALAN[/b]: Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT. Tolong Dato' jelaskan. - MOHD ALI BAHAROM, Hulu Langat

[b]JAWAPAN[/b]: Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.
Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.
Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.
Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.
Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.
Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.
Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.
Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.
Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.
Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.
Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.
Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.
Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.
Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.
Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan. "
Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."
Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.
Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."
Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.
Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba- Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.
Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.
Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.
Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.
Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."
Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.
Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.
Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.
Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."
Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.
Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.
Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.
Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.